awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Iraq dikecualikan daripada sekatan Selat Hormuz
Ribut petir, hujan lebat di empat negeri, KL hingga 1 tengah hari
Konflik Asia Barat: Ankara nafi pesawat F-15 ditembak sistem pertahanan udara buatan Turkiye
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

JPN P.Pinang siasat dakwaan murid cedera dipukul dengan pembaris

Bernama
Bernama
13/03/2026
09:47 MYT
JPN P.Pinang siasat dakwaan murid cedera dipukul dengan pembaris
Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Pulau Pinang sedang menjalankan siasatan berhubung kejadian murid tahun dua di sebuah sekolah di sini yang didakwa dipukul dengan pembaris kayu oleh guru sehingga menyebabkan jarinya bengkak dan lebam seperti tular di media
Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Pulau Pinang sedang menjalankan siasatan berhubung kejadian murid tahun dua di sebuah sekolah di sini yang didakwa dipukul dengan pembaris kayu oleh guru sehingga menyebabkan jarinya bengkak dan lebam seperti tular di media sosial.
Pengarah JPN Pulau Pinang Mohamad Dziauddin Mat Saad berkata siasatan menyeluruh dijalankan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Seberang Perai Utara (SPU) bagi mendapatkan maklumat terperinci berhubung kejadian tersebut.
“Saya sedang mendapatkan laporan dan kes ini sedang disiasat oleh PPD dengan pertemuan bersama waris murid itu diadakan 4 petang ini bagi mendapatkan maklumat lanjut selain memberi penjelasan mengenai tindakan yang telah diambil oleh pihak sekolah.
"JPN Pulau Pinang akan meneliti laporan penuh kes tersebut sebelum mengambil tindakan susulan yang bersesuaian," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.
Mohamad Dziauddin berkata murid terbabit juga akan dirujuk kepada guru bimbingan dan kaunseling selepas kembali hadir ke sekolah.
Terdahulu, satu hantaran oleh seorang wanita di Facebook tular apabila mendakwa anak lelakinya yang bersekolah di tahun dua di sebuah sekolah di sini dipukul menggunakan pembaris kayu selepas terlupa menyiapkan kerja rumah.
Individu itu mendakwa pembaris kayu berkenaan terkena tangan anaknya sehingga menyebabkan jari murid terbabit bengkak dan dia mengadu sakit sebaik pulang dari sekolah.
Wanita berkenaan juga dilaporkan berkata pihak hospital menasihatinya supaya membuat laporan polis berhubung kejadian itu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#JPN Pulau Pinang
#siasat dakwaan
#cedera dipukul
#media sosial
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan