awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Trump beri ultimatum 48 jam kepada Iran berkaitan Selat Hormuz
SPRM tahan mantan pengerusi disyaki seleweng dana kuil RM50,000
Konflik Asia Barat: Operasi haji 1447H berjalan seperti dijadual, Mekah aman - Zulkifli
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

JPPM tiada kepentingan terhadap parti politik, pertubuhan berdaftar

Bernama
Bernama
20/02/2026
11:05 MYT
JPPM tiada kepentingan terhadap parti politik, pertubuhan berdaftar
JPPM memaklumkan sebarang pertikaian dalaman adalah tanggungjawa pertubuhan berkenaan untuk diselesaikan mengikut perlembagaan masing-masing. - Gambar Facebook JPPM
Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM) menegaskan pihaknya tidak mempunyai kepentingan dengan mana-mana parti politik atau pertubuhan berdaftar.
Dalam kenyataan hari ini, JPPM memaklumkan sebarang pertikaian dalaman adalah tanggungjawa pertubuhan berkenaan untuk diselesaikan mengikut perlembagaan masing-masing.
"Sehubungan itu, JPPM menyangkal dakwaan salah laku oleh Malaysian Indian People's Party (MIPP) berhubung keputusan JPPM mengenai isu dalaman organisasi itu.
"Segala keputusan dibuat sepenuhnya mengikut peruntukan Akta Pertubuhan 1966, perlembagaan pertubuhan serta prosedur pentadbiran yang berkuat kuasa, perlembagaan pertubuhan berkaitan serta penelitian terhadap dokumen dan representasi yang dikemukakan," menurut kenyataan itu.
Menurut JPPM sebarang tuduhan salah guna kuasa atau pengaruh tidak wajar adalah tidak berasas dan menyatakan kesediaan untuk memberi kerjasama penuh kepada pihak berkuasa sekiranya diperlukan.
Media semalam melaporkan pengasas MIPP S. Santharasekaran membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap Ketua Pengarah JPPM Datuk Mohd Zulfikar Ahmad atas dakwaan penyalahgunaan kuasa dalam pengeluaran surat yang bercanggah melibatkan MIPP.
Bagaimanapun, Mohd Zulfikar hari ini dilaporkan menafikan dakwaan salah guna kuasa itu dan menyatakan tindakan JPPM adalah berdasarkan hasil siasatan dan bukti berkaitan yang dikemukakan kepada pihaknya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#JPPM
#pertikaian dalaman
#salah guna kuasa
#Akta Pertubuhan 1966
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan