awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Penganjuran Terbuka Malaysia lebih mencabar
Pahang rekod kehadiran 15.2 juta pelancong pada 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

JPS ramal banjir di dua kawasan di Kubang Pasu

Bernama
Bernama
06/12/2023
07:28 MYT
JPS ramal banjir di dua kawasan di Kubang Pasu
Dua kawasan tersebut adalah kawasan rendah dalam lingkungan lima kilometer sekitar Sungai Bata di Kampung Bata dan Sungai Padang Terap di Kepala Batas. -Gambar hiasan
ALOR SETAR: Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) meramalkan dua kawasan di daerah Kubang Pasu berisiko dilanda banjir antara 1 tengah hari hingga 7 malam ini.
Menurut hebahan amaran yang dikeluarkan Pusat Ramalan dan Amaran Banjir Negara (PRABN), dua kawasan tersebut adalah kawasan rendah dalam lingkungan lima kilometer sekitar Sungai Bata di Kampung Bata dan Sungai Padang Terap di Kepala Batas.
"Susulan hasil simulasi model Ramalan Trend Aras Air, JPS Malaysia meramalkan kejadian banjir akibat limpahan air sungai boleh berlaku di lokasi tersebut pada waktu dinyatakan sekiranya hujan yang signifikan terus berlaku di Kedah.
"Banjir yang diramalkan itu boleh berlaku lebih awal atau lewat daripada masa yang dijangkakan," menurut hebahan tersebut.
Amaran itu dikeluarkan bagi membolehkan penduduk terutamanya di kawasan yang dijangka banjir berwaspada dan mematuhi arahan pihak berkuasa atau agensi pengurusan bencana banjir.
Bagi mendapat maklumat lanjut, orang ramai diminta melayari laman sesawang https://publicinfobanjir.water.gov.my dan Facebook @PublicInfoBanjir.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#JPS
#dua kawasan di daerah Kubang Pasu
#Sungai Bata
#sungai padang terap
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan