awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lelaki, wanita ditemukan maut dalam kebakaran rumah di Skudai
Israel didakwa guna senjata suhu melampau di Gaza, hampir 3,000 penduduk ‘hilang’
Tiada individu atasi undang-undang, dakwaan libat Ketua Pesuruhjaya SPRM diteliti - Kulasegaran
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jualan Rahmah akan diperbanyak termasuk di kawasan berisiko banjir - Armizan

Bernama
Bernama
06/11/2024
10:23 MYT
Jualan Rahmah akan diperbanyak termasuk di kawasan berisiko banjir - Armizan
Datuk Armizan Mohd Ali ketika bercakap sidang media pada Majlis Menandatangani Memorandum Persafahaman Kementerian Pendidikan Malaysia dan Perbadanan Harta Intelek Malaysia di Menara MyIPO. - Foto BERNAMA
PETALING JAYA: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) akan memperbanyak program Jualan Rahmah termasuk di kawasan berisiko banjir.
Menterinya Datuk Armizan Mohd Ali berkata langkah itu bagi memastikan masyarakat khususnya mereka yang terjejas dengan banjir mendapat barangan keperluan asas mencukupi pada harga berpatutan.
"Sebagai langkah tambahan, kita (KPDN) juga telah melantik Peruncit Daerah Terpilih dan Pemborong Daerah Terpilih di kawasan yang berisiko terkesan banjir bagi memastikan bekalan barangan mencukupi dan dapat diakses oleh rakyat.
"Selain itu, pegawai-pegawai KPDN juga berada di lapangan untuk memantau harga 480 jenis barangan setiap hari kerana kita tahu bahawa harga ini terkait dengan aspek penawaran dan permintaan," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menyaksikan Majlis Penandatanganan Memorandum Persefahaman (MoU) antara Kementerian Pendidikan dan Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MylPO) di sini hari ini.
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) baru-baru memaklumkan musim tengkujuh di negara ini dijangka berterusan hingga Mac depan dan membawa antara lima hingga tujuh episod hujan lebat.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Jualan Rahmah
#kpdn
#Armizan Mohd Ali
#kawasan banjir
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan