awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kerajaan perkukuh perlindungan pekerja gig menerusi Akta 872 - Ramanan
Kerajaan perkukuh penguatkuasaan e-waste melalui pendekatan keseluruhan negara - KSN
KKM: Kes Tibi meningkat, 2,571 kes direkodkan minggu kelima 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jubin retak sebabkan kekecohan di Harbour Mall Sandakan

Bernama
Bernama
12/06/2022
13:49 MYT
Jubin retak sebabkan kekecohan di Harbour Mall Sandakan
Bunyi kuat jubin retak di sebuah lot kedai di Harbour Mall menyebabkan orang ramai berlari keluar kerana menyangkakan bangunan tersebut akan runtuh. - Foto Facebook/CIDB Sandakan
SANDAKAN: Bunyi kuat jubin retak di sebuah lot kedai di Harbour Mall di sini menyebabkan orang ramai berlari keluar kerana menyangkakan bangunan tersebut akan runtuh.
Susulan video kejadian itu yang tular, pihak pengurusan bangunan pusat beli-belah itu menerusi kenyataan menyangkal dakwaan bahawa bangunan itu runtuh, namun mengakui terdapat bunyi kuat daripada tingkat empat premis itu.
"Ya, terdapat bunyi kuat daripada tingkat empat. Ia berpunca daripada satu bahagian kecil jubin lantai yang retak pagi ini.
"Kami memberi jaminan bahawa bangunan pusat beli-belah kami adalah dalam keadaan kukuh dan tiada isu struktur seperti yang didakwa oleh pihak tidak bertanggungjawab," menurut kenyataan itu.
Pihak pengurusan Harbour Mall meminta orang ramai supaya bertenang dan tidak mempercayai serta menyebar berita palsu tanpa mengesahkan kebenarannya.
Sementara itu, unit penguatkuasaan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB) Sandakan telah membuat pemeriksaan ke atas bangunan tersebut dan hanya menemui beberapa jubin retak dalam sebuah lot kedai.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#jubin retak
#Harbour Mall
#Sandakan
#kekecohan
#runtuh
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan