awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Perbicaraan kes ditangguh, Vivy Yusof, suami dapat pasport tunai haji
Rakyat AS mungkin akan ‘rindu’ harga minyak AS$5 tidak lama lagi - Speaker Parlimen Iran
AMRO gesa ASEAN+3 perkukuh pengurusan fiskal hadapi gelombang kejutan baharu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jumlah daerah catat cuaca panas Tahap 1 di Kedah berkurangan setakat 4 petang

Bernama
Bernama
30/03/2026
12:06 MYT
Jumlah daerah catat cuaca panas Tahap 1 di Kedah berkurangan setakat 4 petang
Jumlah daerah yang mencatatkan cuaca panas Tahap 1 (berjaga-jaga) di Kedah menyusut kepada tujuh setakat 4 petang ini berbanding sembilan pagi tadi, demikian menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia). - Foto BERNAMA
Jumlah daerah yang mencatatkan cuaca panas Tahap 1 (berjaga-jaga) di Kedah menyusut kepada tujuh setakat 4 petang ini berbanding sembilan pagi tadi, demikian menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia).
Berdasarkan data dikemas kini jabatan itu, daerah Pulau Langkawi dan Kubang Pasu tidak lagi berada dalam senarai tersebut manakala Marudi di Sarawak menjadi kawasan terbaharu diletakkan di bawah status berjaga-jaga.
Tujuh daerah yang masih terlibat di Kedah ialah Kuala Muda, Kota Setar, Baling, Sik, Padang Terap, Pendang dan Pokok Sena manakala seluruh negeri Perlis kekal pada tahap sama.
MetMalaysia turut mengesahkan bahawa tiada kawasan yang mencatatkan gelombang haba Tahap 2 setakat petang ini.
Status berjaga-jaga dikeluarkan bagi suhu maksimum harian antara 35 hingga 37 darjah Celsius manakala Tahap 2 (gelombang haba) merujuk kepada suhu melebihi 37 hingga 40 darjah Celsius.
Kedua-dua tahap dicatatkan sekiranya suhu berkenaan berlaku bagi tempoh sekurang-kurangnya tiga hari berturut-turut.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#MetMalaysia
#cuaca panas
#Perlis
#Kedah
#berjaga-jaga
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan