awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Penganjuran Terbuka Malaysia lebih mencabar
Pahang rekod kehadiran 15.2 juta pelancong pada 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jumlah mangsa banjir di Terengganu terus berkurangan

Bernama
Bernama
27/12/2025
12:15 MYT
Jumlah mangsa banjir di Terengganu terus berkurangan
Keadaan cuaca yang semakin pulih menyaksikan jumlah mangsa banjir di Terengganu berkurangan kepada 419 orang daripada 107 keluarga setakat 6 petang ini berbanding 468 orang daripada 116 keluarga pada sebelah pagi. - Foto BERNAMA
KUALA TERENGGANU: Keadaan cuaca yang semakin pulih menyaksikan jumlah mangsa banjir di Terengganu berkurangan kepada 419 orang daripada 107 keluarga setakat 6 petang ini berbanding 468 orang daripada 116 keluarga pada sebelah pagi.
Menurut Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Terengganu, daerah Kuala Nerus mencatat jumlah tertinggi iaitu 335 orang daripada 86 keluarga yang berlindung di dua pusat pemindahan sementara (PPS) iaitu Sekolah Kebangsaan (SK) Tok Jembal dan SK Kompleks Mengabang Telipot.
Daerah Kuala Terengganu pula menyaksikan seramai 71 orang daripada 19 keluarga masih berada di sebuah PPS di SK Chendering manakala di Dungun, sebanyak 13 mangsa daripada dua keluarga berteduh di sebuah PPS iaitu Dewan Sivik Kampung Seberang Pintasan.
Sementara itu, Jabatan Meteorologi Malaysia memaklumkan hujan berterusan peringkat waspada dijangka berlaku di seluruh Terengganu hingga 29 Dis ini.
Oleh itu, orang ramai terutama di kawasan berisiko dan rendah diingatkan agar terus berjaga-jaga dan peka dengan arahan pihak berkuasa.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#banjir terengganu
#mangsa banjir
#berkurangan
#MetMalaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan