awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Bekas CEO GISBH mahu tunai haji, mahkamah benarkan pasport dipulangkan
Kebebasan bersuara tidak boleh mengatasi perpaduan, kedaulatan undang-undang - PM
Rakan Muda capai 3.96 juta penyertaan, lepasi sasaran 25 peratus
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jumlah penumpang ikut kapasiti kenderaan mulai esok

Astro Awani
Astro Awani
18/02/2021
11:05 MYT
Jumlah penumpang ikut kapasiti kenderaan mulai esok
Kerajaan membenarkan jumlah penumpang dalam kenderaan berdasarkan kapasiti tempat duduk bagi negeri yang masih menguatkuasakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermula Jumaat. - Gambar fail
PUTRAJAYA:Selepas mendengar rayuan orang ramai, kerajaan bersetuju untuk membenarkan jumlah penumpang dalam kenderaan berdasarkan kapasiti tempat duduk bagi negeri yang masih menguatkuasakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermula Jumaat.
Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata peraturan sama turut dilaksanakan bagi kawasan-kawasan pelaksanaan PKP Bersyarat (PKPB) dan PKP Pemulihan (PKPP).
"Jumlah kenderaan ini menimbulkan isu bagi mereka yang mempunyai anak kecil dan tidak boleh ditinggalkan di rumah.
"Justeru, mesyuarat teknikal mendengar rayuan itu dan membenarkan jumlah penumpang dalam kenderaan berdasarkan kapasiti tempat duduk.
"Kalau ada empat tempat duduk satu kereta, maka empat orang dibenarkan. Kalau ada enam tempat duduk, enamlah dibenarkan," katanya pada sidang media PKP di Putrajaya pada Khamis.
Sebelum ini kerajaan hanya membenarkan hanya dua orang dalam satu kenderaan untuk negeri-negeri yang dilaksanakan PKP.
Topic Berkaitan
#ismail sabri yaakob
#kenderaan
#penumpang
#PKP
#PKPB
#PKPP
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan