awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pakistan hantar jet pejuang ke Arab Saudi di tengah gencatan senjata AS–Iran yang rapuh
Parlimen Iraq pilih ahli politik Kurdistan, Nizar Amedi sebagai Presiden
Penyokong kerajaan adakan perhimpunan di Tehran ketika rundingan damai berlangsung
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Juri putuskan Elon Musk mengelirukan pelabur Twitter dalam pengambilalihan 2022

Astro AWANI
Astro AWANI
21/03/2026
00:52 MYT
Juri putuskan Elon Musk mengelirukan pelabur Twitter dalam pengambilalihan 2022
Keputusan tersebut memihak kepada sekumpulan pelabur Twitter yang memfailkan saman terhadap jutawan teknologi itu. - Foto fail/REUTERS
Elon Musk didapati mengeluarkan kenyataan mengelirukan kepada pelabur Twitter sepanjang tempoh penting pengambilalihan platform media sosial itu pada 2022, menurut keputusan sebulat suara juri Mahkamah Persekutuan San Francisco selepas dua hari perbincangan.
Keputusan tersebut memihak kepada sekumpulan pelabur Twitter yang memfailkan saman terhadap jutawan teknologi itu, mendakwa mereka membuat keputusan kewangan berdasarkan kenyataan awam Musk, termasuk ciapannya, yang kemudian didapati tidak tepat.
Walaupun Musk menegaskan ketika memberi keterangan bahawa beliau tidak pernah berniat menyesatkan pelabur dan mendakwa orang ramai “terlalu mentafsir” kenyataan awamnya, juri mendapati sebaliknya.
Menurut keputusan tersebut, beberapa dakwaan beliau berhubung masalah metrik pengguna Twitter serta kemungkinan menarik diri daripada perjanjian pengambilalihan bernilai AS$44 bilion itu dibuat secara sengaja untuk mengelirukan.
Peguam Musk dan pasukan guaman pelabur yang diketuai Brian Belgrave, seorang pemilik perniagaan kecil dari Oregon, tidak memberikan sebarang komen susulan keputusan itu.
Juri turut mendapati Musk telah menurunkan harga saham Twitter secara manipulatif antara AS$8 hingga AS$3 sesaham dari Mei hingga Oktober 2022 melalui kenyataan-kenyataannya mengenai isu akaun palsu (“bots”) dan status perjanjian yang dikatakan “ditangguhkan”.
Jika dihitung kesannya, setiap pelabur mungkin layak menerima pampasan berjumlah ribuan dolar bagi kerugian yang dialami.
Monte Mann, seorang peguam litigasi komersial, menyifatkan keputusan itu sebagai satu peringatan tegas.
“Jika anda menggerakkan pasaran dengan kata-kata anda, anda perlu menanggung akibatnya,” katanya.
Musk mula membuat ciapan berkaitan masalah bot sekitar Mei 2022, sebelum mengumumkan bahawa perjanjian itu “ditangguhkan” dan kemudian menyatakan hasrat untuk membatalkannya sepenuhnya.
Twitter kemudian membawa Musk ke mahkamah bagi memaksa beliau mematuhi perjanjian asal.
Pada Oktober tahun sama, Musk akhirnya melengkapkan pengambilalihan pada harga dipersetujui, AS$54.20 sesaham, dan setahun kemudian menjenamakan semula platform itu sebagai X.
Namun tempoh penuh ketidaktentuan itu memberi kesan kewangan besar kepada pelabur seperti Belgrave, yang telah membeli dan menjual saham Twitter dalam tempoh tersebut.
Belgrave memberitahu juri bahawa beliau menjual ribuan saham pada Julai 2022 kerana mempercayai Musk tidak lagi berminat membeli Twitter, berdasarkan kenyataan awam Musk. Harga jualan sahamnya ketika itu jauh lebih rendah berbanding harga asal pembeliannya.
“Saya rasa ditipu,” kata Belgrave.
“Memang saya rugi teruk.”
Sepanjang sesi keterangan, Musk dilaporkan sering bersikap konfrontasi dengan pasukan peguam pelabur dan enggan menjawab dengan “ya” atau “tidak”, sambil menuduh soalan mereka bertujuan mengelirukan juri.
Topic Berkaitan
#Elon Musk
#Twitter
#tipu
#saham
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan