awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Savannah Guthrie rayu bantuan ketika tarikh akhir wang tebusan semakin hampir
Tiga maut, empat cedera dalam dua nahas berasingan di Batu Gajah, Lenggong
Cuaca sejuk melampau di New York City ragut 18 nyawa
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Juruelektrik dipenjara lima tahun setengah rogol gadis bawah umur

Bernama
Bernama
20/11/2012
02:37 MYT
Juruelektrik dipenjara lima tahun setengah rogol gadis bawah umur
Seorang juruelektrik yang sebelum ini dibebaskan dengan perintah berkelakuan baik oleh Mahkamah Sesyen kerana merogol gadis bawah umur, dijatuhi hukuman penjara lima tahun setengah oleh Mahkamah Tinggi Pulau Pinang di sini semalam.
Hakim Datuk Seri Zakaria Sam menetapkan hukuman itu selepas mengenepikan keputusan Mahkamah Sesyen yang membebaskan Chuah Guan Jiu, 22, dengan bon jaminan berkelakuan baik selama tiga tahun dengan ikat jamin RM25,000 pada Ogos lepas.
Dalam penghakimannya Zakaria berkata persetujuan mangsa (melakukan hubungan seks) tidak boleh diambil kira dalam kes rogol dan tertuduh tidak sepatutnya mengambil kesempatan terhadap mangsa.
Pada 20 Julai, Chuah mengaku bersalah merogol teman wanitanya yang ketika itu berusia 12 tahun di flat kediamannya di Air Itam, di sini antara 7 pagi dan 1 petang pada 18 Julai tahun lepas, dan antara 2.25 petang dan 2.45 petang keesokan harinya.
Chuah didakwa mengikut Seksyen 376(1) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara 20 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan.
Bagaimanapun pada Ogos lepas, Hakim Mahkamah Sesyen Sitarun Nisa Abdul Aziz membebaskan Chuah atas alasan faktor usia tertuduh yang masih muda dan ia adalah kesalahan pertamanya.
Penghakiman itu dibuat selepas kes bekas pemain tenpin boling kebangsaan, Noor Afizal Azizan yang dibebaskan dengan perintah berkelakuan baik selama lima tahun dengan ikat jamin RM25,000 selepas Noor Afizal mengaku bersalah merogol gadis berusia 13 tahun.
Pihak pendakwaan kemudiannya membuat rayuan ke Mahkamah Tinggi bagi mengenepikan penghakiman Mahkamah Sesyen itu.
Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Lim Cheah Yit dan Awang Armadajaya Awang Mahmud manakala Chuah diwakli peguam P. Ashokumar.
Topic Berkaitan
#Chuah Guan Jiu
#George Town
#juruelektrik
#pulau pinang
#rogol
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan