awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pemandu langgar lari anggota polis trafik ditahan
AS mula sekat kapal keluar masuk pelabuhan Iran
Trafik melalui Selat Hormuz hampir terhenti susulan ancaman sekatan AS - Data
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jurujual maut, motosikal berkuasa tinggi miliknya hangus dalam kemalangan

Astro Awani
Astro Awani
18/07/2020
07:29 MYT
Jurujual maut, motosikal berkuasa tinggi miliknya hangus dalam kemalangan
Kemalangan kira-kira jam 6 petang itu menyebabkan mangsa Arman Che Aziz, 27 tahun, maut ditempat kejadian.
Seorang jurujual maut selepas motosikal berkuasa tinggi yang ditunggangnya terlibat dalam kemalangan dengan sebuah treler sebelum motosikal tersebut terbakar.
Nahas berlaku di Kilometer 29 Jalan Kuala Terengganu-Bukit Besi berhampiran simpang tiga Bukit Perpat pada Jumaat.
Kemalangan kira-kira jam 6 petang itu menyebabkan mangsa Arman Che Aziz, 27 tahun, maut di tempat kejadian.
Ketika kejadian, treler yang membawa muatan simen itu dalam perjalanan dari arah Ajil menghala ke Bukit Perpat, Hulu Terengganu.
Manakala mangsa yang beralamat di Chendering, Kuala Terengganu dari arah Wakaf Tapai menghala ke Ajil.
Insiden itu dikatakan berlaku ketika treler yang dipandu lelaki berusia 33 tahun di sebelah kanan jalan sedang membelok ke kanan simpang tiga Bukit Perpat.
Begitupun, secara tiba-tiba kenderaan itu dirempuh motosikal mangsa yang datang dari arah bertentangan.
Rempuhan tersebut menyebabkan mangsa terjatuh dan tercampak di atas jalan raya manakala motosikal dinaikinya terbakar.
Sementara itu Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu, Deputi Superintendan Mohd Adli Mat Daud ketika dihubungi mengesahkan kejadian.
Katanya mayat mangsa kemudiannya dibawa ke Unit Forensik Hospital Hulu Terengganu untuk tindakan lanjut.
Kes disiasat mengikut seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Topic Berkaitan
#Akta Pengangkutan Jalan 1987
#Hospital
#kemalangan
#Kuala Terengganu
#lelaki
#mangsa
#maut
#mayat
#Nahas
#polis
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan