awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
HKI 2026 platform didik masyarakat guna internet secara selamat, beretika
Syarikat tempatan perlu diberi keutamaan, peluang dalam projek AI - Sim
PBT Negeri Sembilan diarah bertindak segera atasi rumah ibadat tidak berlesen - Exco
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jurukimpal mengaku miliki item berkaitan Daesh dalam telefon bimbit

Bernama
Bernama
16/10/2024
09:50 MYT
Jurukimpal mengaku miliki item berkaitan Daesh dalam telefon bimbit
Muhammad Fesool Haron, 35, membuat pengakuan itu di hadapan Hakim K. Muniandy yang kemudian menetapkan 20 Nov ini untuk prosiding jatuh hukum dan fakta kes. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Seorang jurukimpal mengaku bersalah di Mahkamah Tinggi di sini hari ini atas pertuduhan memiliki item berkaitan kumpulan Daesh dan perbuatan pengganas dalam telefon bimbitnya, Mei lepas.
Muhammad Fesool Haron, 35, membuat pengakuan itu di hadapan Hakim K. Muniandy yang kemudian menetapkan 20 Nov ini untuk prosiding jatuh hukum dan fakta kes.
Tertuduh didakwa memiliki item-item berkaitan kumpulan Daesh dan perbuatan pengganas dalam sebuah telefon bimbit di sebuah premis di Jalan Kempas 5/5, Kawasan Perindustrian Kempas di Johor Bahru pada 1.10 tengah hari, 30 Mei lepas.
Pertuduhan mengikut Seksyen 130JB(1)(a) Kanun Keseksaan dan boleh dihukum di bawah Seksyen 130JB(1) kanun sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tujuh tahun atau denda dan hendaklah dilucutkan mana-mana bahan tersebut, jika sabit kesalahan.
Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Yazid Mustaqim Roslan manakala tertuduh diwakili peguam N.Kanmani.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Daesh
#kes mahkamah
#Malaysia
#kumpulan pengganas
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan