awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Projek MAWILLA 4 dalam proses pengambilalihan tanah
Krisis tenaga global: Tangkapan ikan negara tidak terjejas, simpanan mencukupi
Bekas CEO, pengerusi syarikat ditahan, skandal saham babit kerugian dana awam RM300 juta
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jururawat direman seminggu bantu siasatan kematian bayi

Bernama
Bernama
11/09/2024
02:20 MYT
Jururawat direman seminggu bantu siasatan kematian bayi
Seorang jururawat di sebuah pusat jagaan berpantang di Kota Bharu direman tujuh hari bagi membantu siasatan berkaitan kes pengabaian sehingga menyebabkan kematian seorang bayi berusia sebulan. --fotoBERNAMA
KOTA BHARU: Seorang jururawat di sebuah pusat jagaan berpantang di sini direman tujuh hari bagi membantu siasatan berkaitan kes pengabaian sehingga menyebabkan kematian seorang bayi berusia sebulan, semalam.
Perintah reman hingga Selasa depan terhadap wanita berusia lingkungan 20-an itu dikeluarkan oleh Majistret Rais Imran Hamid bagi membolehkan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 31(1) (a) Akta Kanak-Kanak 2001.
Semalam, Ketua Polis Daerah Kota Bharu ACP Mohd Rosdi Daud mengesahkan pihaknya menerima laporan berhubung kes itu dan menahan wanita terbabit pada 6 petang.
Beliau berkata hasil siasatan mendapati kejadian berlaku kira-kira 5.30 pagi selepas bayi berkenaan tidak sedarkan diri setelah diberikan susu oleh jururawat yang ditugaskan menjaganya.
Mangsa kemudian dibawa ke sebuah hospital swasta sebelum disahkan meninggal dunia.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#reman
#jururawat
#kematian bayi
#pusat jagaan berpantang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan