awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
APMM Selangor tahan 12 pendatang tanpa izin di pesisir Pantai Batu Laut
Polis ditempatkan di 151 stesen minyak berisiko tinggi - Fadillah
Malaysia catat 3.36 juta ancaman siber berasaskan web pada 2025 - Kaspersky
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Juruterbang Lufthansa lancar mogok 48 jam

Bernama
Bernama
13/04/2026
09:41 MYT
Juruterbang Lufthansa lancar mogok 48 jam
Mogok itu susulan pertikaian buruh berhubung pelan pencen syarikat, persekitaran kerja serta pampasan anak syarikat serantau, Cityline. - AP
Kebanyakan penerbangan di lapangan terbang Jerman dibatalkan pada Isnin selepas juruterbang Lufthansa melancarkan mogok baharu sejurus selepas tengah malam, lapor Anadolu Ajansi.
Kesatuan juruterbang Jerman, Vereinigung Cockpit (VC) menggesa mogok di Lufthansa dan beberapa anak syarikatnya hingga Selasa susulan pertikaian buruh berhubung pelan pencen syarikat, persekitaran kerja serta pampasan anak syarikat serantau, Cityline.
Mogok membabitkan juruterbang bagi Deutsche Lufthansa, Lufthansa Cargo dan Cityline bermula sejurus selepas tengah malam dan dijadual berakhir sejurus sebelum tengah malam pada Selasa.
Bagi syarikat penerbangan percutian Eurowings, hanya penerbangan berlepas dari lapangan terbang Jerman terjejas pada Isnin.
Di lapangan terbang utama Jerman, beberapa penerbangan ke dan dari Frankfurt serta Munich dibatalkan susulan mogok itu.
VC menjangkakan ratusan penerbangan sehari akan dibatalkan.
Pada Ahad, Eurowings menjangkakan dapat mengendalikan “sebahagian besar” jadual penerbangannya.
Ini merupakan gelombang mogok keempat di Lufthansa tahun ini.
Baru-baru ini, mogok kru kabin menyebabkan banyak penerbangan dibatalkan syarikat penerbangan terbesar Jerman itu.
Mogok oleh kesatuan Cockpit itu berpunca daripada pertikaian buruh berhubung pelan pencen syarikat dan pampasan anak syarikat serantau, Cityline.
Kesatuan juruterbang itu memaklumkan beberapa laluan dikecualikan daripada mogok berikutan ketegangan geopolitik dan pertimbangan kemanusiaan.
Penerbangan ke Mesir, Azerbaijan, Bahrain, Iraq, Israel, Yemen, Jordan, Qatar, Kuwait, Lubnan, Oman, Arab Saudi dan Emiriah Arab Bersatu akan terus beroperasi.
Presiden kesatuan, Andreas Pinheiro berkata pihaknya mahu mengelakkan ketegangan daripada terus memuncak, namun menuduh Lufthansa gagal mengemukakan cadangan konkrit.
“Ia tidak membantu apabila pihak satu lagi hanya memberi isyarat kesediaan untuk berbincang tetapi tidak mahu membincangkan penambahbaikan terhadap skim pencen syarikat,” kata Pinheiro.
Sementara itu, jurucakap jawatankuasa tawar-menawar kolektif kesatuan itu, Arne Karstens berkata tujuh pusingan rundingan dan usaha pengantaraan telah gagal, dan rundingan tidak akan disambung semula sehingga Lufthansa mengemukakan “tawaran yang boleh dirunding”.
-- BERNAMA-ANADOLU
Topic Berkaitan
#penerbangan
#Lufthansa
#mogok
#juruterbang protes
#pertikaian buruh
#persekitaran kerja
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan