awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
48 kedai musnah dalam kebakaran di Pasar Chatuchak
Malaysia runding terma MoU tarif Amerika Syarikat - Mohamad Hasan
SPRM reman dua penjawat awam bantu siasatan tuntutan palsu RM114,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Justo mengaku adakan pertemuan di Singapura

Astro Awani
Astro Awani
16/07/2015
12:14 MYT
Justo mengaku adakan pertemuan di Singapura
Polis Thailand pada Khamis mengesahkan warga Switzerland Xavier Justo ada bertemu dengan pemimpin utama pembangkang dari Malaysia.
Polis Thailand pada Khamis mengesahkan warga Switzerland Xavier Justo ada bertemu dengan pemimpin utama pembangkang dari Malaysia.
Pertemuan tersebut diadakan di sebuah hotel di Singapura sebelum menjual maklumat sulit Petro Saudi International kepada pihak ketiga.
Pertemuan turut diatur bersama seorang taikun media dari Malaysia yang membincangkan nilai bagi setiap dokumen yang bakal diserahkan Justo.
Perkara itu disahkan jurucakap Polis Diraja Thailand, Leftenan Jeneral Prawut Thavornsiri dalam temu bual dengan The New Straits Times.
Justo yang juga bekas pengarah di Petro Saudi International mengesahkan pertemuan tersebut berlangsung di sebuah hotel di Singapura dan beliau bagaimanapun enggan menamakan pemimpin tersebut.
Prawut kemudian mendedahkan Justo turut mengakui bertemu taikun media malaysia di lokasi sama di Singapura, namun beliau enggan menyatakan nama individu berkenaan.
Maklumat juga berjaya dikesan daripada email Justo dan rekod perbualan WhatsApp.
Di bawah undang-undang Thailand, individu berkenaan tidak boleh dinamakan sebelum waran tangkap dikeluarkan.
Topic Berkaitan
#Petro Saudi International
#prawut Thavornsiri
#Xavier Justo
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan