awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Duta Iran di Moscow tuntut pampasan daripada AS, Israel atas serangan sekolah Minab
Apple umum ambil alih MotionVFX, perkukuh ekosistem kreatif syarikat
KPDN KL kesan kes salah laku peniaga dalam Op Embun
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kabel, talian elektrik tidak boleh disentuh atau diceroboh - TNB

Astro AWANI
Astro AWANI
17/03/2026
01:20 MYT
Kabel, talian elektrik tidak boleh disentuh atau diceroboh - TNB
Tenaga Nasional Bhd (TNB) mengingatkan orang ramai pepasangan elektrik seperti tiang, kabel dan talian elektrik berbahaya serta tidak boleh disentuh atau diceroboh oleh mana-mana pihak. - Gambar hiasan
Tenaga Nasional Bhd (TNB) mengingatkan orang ramai pepasangan elektrik seperti tiang, kabel dan talian elektrik berbahaya serta tidak boleh disentuh atau diceroboh oleh mana-mana pihak.
TNB dalam kenyataan memaklumkan, mengganggu atau merosakkan pepasangan elektrik bukan sahaja menyalahi undang-undang malah mengundang risiko renjatan elektrik yang boleh membawa maut.
“Orang awam dinasihatkan menjauhi pepasangan elektrik dan segera melaporkan sebarang aktiviti mencurigakan kepada pihak berkuasa atau TNB bagi mengelakkan kejadian tidak diingini,” menurut kenyataan itu.
TNB memaklumkan, pihaknya telah memberi kerjasama penuh dalam siasatan kejadian tiga lelaki maut dipercayai terkena renjatan elektrik ketika cuba mencuri kabel pada pepasangan elektrik berhampiran Taman Rapat Mutiara, di sini.
“Pasukan TNB yang digerakkan ke lokasi kejadian telah memberikan kerjasama kepada Polis Diraja Malaysia serta Suruhanjaya Tenaga bagi membantu siasatan lanjut,” menurut kenyataan itu.
Semalam, polis berkata tiga lelaki berusia 35 hingga 50 tahun maut dipercayai akibat renjatan elektrik semasa cuba memotong kabel pada tiang milik TNB.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#TNB
#elektrik
#maut
#Ipoh
#curi
#kabel
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan