awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Penganjuran Terbuka Malaysia lebih mencabar
Pahang rekod kehadiran 15.2 juta pelancong pada 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kabinet bincang isu pengambilan pekerja Nepal Jumaat ini

Bernama
Bernama
31/07/2018
04:54 MYT
Kabinet bincang isu pengambilan pekerja Nepal Jumaat ini
Kerajaan Nepal dilaporkan menyekat rakyatnya untuk datang ke Malaysia berkuat kuasa serta-merta kerana tidak gembira dengan peraturan Jabatan Imigresen negara ini yang ketat terhadap pekerjanya sebelum diambil bekerja. - Gambar hiasan
Jemaah Menteri akan membincangkan isu mengenai pengambilan pekerja asing dari Nepal pada Jumaat ini, kata Menteri Sumber Manusia M. Kula Segaran.
Beliau berkata antara isu utama yang akan dibincangkan termasuklah peranan sebuah syarikat tempatan yang dikaitkan dengan urusan pengambilan pekerja asing dari negara itu.
Menjawab soalan tambahan Datuk Seri Dr Ismail Mohamed Said (BN-Kuala Krau) pada sesi Waktu Petanyaan-Pertanyaan Menteri persidangan Dewan Rakyat, hari ini, beliau berkata yang menjadi isu adalah penyumberluaran yang dilakukan syarikat berkenaan.
Kula Segaran berkata perkara itu akan diperhalusi dan tindakan perlu diambil jika berlaku sebarang penyelewengan.
Beliau menjawab soalan Ismail yang ingin tahu sama ada penarikan balik kelulusan melanjutkan pas lawatan kerja sementara (PLKS) untuk tahun ke-11 oleh kerajaan baru-baru ini menyebabkan kerajaan Nepal tidak berminat menghantar rakyatnya bekerja di Malaysia.
Sebelum ini, portal Nepali Times dalam laporan bertajuk 'Kleptocrats of Kathmandu and Kuala Lumpur' menamakan beberapa syarikat lain menerima sokongan ahli politik berpengaruh Malaysia, yang mengaut keuntungan menerusi urusan pengambilan pekerja asing di negara ini.
Berikutan isu itu, Kerajaan Nepal dilaporkan menyekat rakyatnya untuk datang ke Malaysia berkuat kuasa serta-merta kerana tidak gembira dengan peraturan Jabatan Imigresen negara ini yang ketat terhadap pekerjanya sebelum diambil bekerja.
Ia termasuk monopoli daripada syarikat swasta itu bagi menjalankan pemeriksaan keselamatan dan kesihatan sebagai sebahagian keperluan visa.
Kula Segaran berkata setakat 20 Jun lepas, jumlah pekerja asing yang dikeluarkan PLKS oleh Jabatan Imigresen adalah 1,747,154 orang, dengan 378,577 adalah dari Nepal, iaitu angka kedua tertinggi selepas pekerja Indonesia.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Ismail Mohamed Said
#jabatan imigresen
#Kathmandu
#kelulusan
#kerajaan
#kleptocrats
#Kuala Lumpur
#M Kula Segaran
#monopoli
#Nepal
#Nepali Times
#pas lawatan
#Pas Lawatan Kerja Sementara
#pekerja asing
#penyelewengan
#penyumberluaran
#Peraturan
#PLKS
#tarik balik
#Visa
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan