awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pemandu langgar lari anggota polis trafik ditahan
AS mula sekat kapal keluar masuk pelabuhan Iran
Trafik melalui Selat Hormuz hampir terhenti susulan ancaman sekatan AS - Data
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kabinet lulus projek pembangunan terminal ketiga Pelabuhan Klang di Pulau Carey

Astro AWANI
Astro AWANI
11/03/2026
13:00 MYT
Kabinet lulus projek pembangunan terminal ketiga Pelabuhan Klang di Pulau Carey
Loke berkata, MOT akan terus menjadi badan pengawal selia untuk memastikan projek ini dilaksanakan dengan teratur dan baik. - Gambar Bernama
Kerajaan telah meluluskan projek pembangunan Terminal Ketiga Pelabuhan Klang di Pulau Carey, Selangor, kata Menteri Pengangkutan, Anthony Loke.
Beliau berkata, mesyuarat Kabinet pada Rabu meluluskan memorandum Kementerian Pengangkutan (MOT) bagi pembangunan projek berkenaan, dan ia akan dilaksana oleh Kerajaan Negeri Selangor.
“Projek ini telah pun dinyatakan sebelum ini tetapi keputusan Jemaah Menteri telah memperinci model pelaksanaannya, iaitu kita akan meluluskan permohonan Kerajaan Negeri Selangor sebagai peneraju pembangunan ini.
“MOT akan terus menjadi badan pengawal selia untuk memastikan projek ini dilaksanakan dengan teratur dan baik,” katanya ketika berucap pada Majlis Perhimpunan Bulanan, Paduan Kasih MADANI dan Ihya Ramadan MOT 2026, di sini, pada Rabu.
Loke berkata, Kerajaan Negeri Selangor akan menubuhkan special purpose vehicle atau syarikat bertujuan khas bersama-sama syarikat swasta untuk mendapatkan pelaburan swasta bagi membina dan mengoperasikan pelabuhan ketiga di Pelabuhan Klang.
“Ini merupakan satu projek jangka panjang yang penting untuk negara, iaitu satu infrastruktur yang cukup besar dan strategik… ini memberikan gambaran dan isyarat bahawa walaupun kita berdepan cabaran geopolitik dunia pada hari ini, ia tidak akan membantutkan pembangunan negara kita.
“Kita akan terus mara ke hadapan untuk memastikan projek-projek infrastruktur yang penting akan dilaksana,” katanya.
Sebelum ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengarahkan semua agensi berkaitan untuk bergerak pantas dalam merealisasikan pembangunan Terminal Ketiga Pelabuhan Klang di Pulau Carey.
Anwar berkata projek itu perlu menjadi model baharu pelaksanaan pembangunan negara yang lebih cekap, tersusun dan berintegriti.
Terminal Ketiga Pelabuhan Klang di Pulau Carey ialah projek strategik yang penting untuk memperkukuh keupayaan ekonomi dan kedudukan Malaysia dalam sektor pelabuhan serta logistik.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Terminal
#projek
#jemaah menteri
#ekonomi
#Anthony Loke
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan