awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
YKM peruntuk RM5 juta tahun ini bantu 1,000 anak yatim kehilangan ibu bapa akibat COVID-19
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kabinet Perpaduan: Ahmad Maslan, Steven Sim mulakan hari pertama di Kementerian Kewangan

Firdaus Azil
Firdaus Azil
12/12/2022
03:15 MYT
Kabinet Perpaduan: Ahmad Maslan, Steven Sim mulakan hari pertama di Kementerian Kewangan
Ahmad dan Chee Keong ialah antara 27 Timbalan Menteri yang diumumkan oleh Perdana Menteri pada 9 Disember lepas. -FB Ahmad Maslan
PUTRAJAYA: Dua Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Seri Ahmad Maslan dan Steven Sim Chee Keong memulakan hari pertama mereka di Kementerian Kewangan pada Isnin.
Kedua-dua mereka dilihat memasuki bangunan itu jam 9.58 pagi dan menggunakan kad akses buat pertama kalinya di laluan ke lif menandakan bermulanya tugas mereka secara rasmi.
Ketika ditemui pemberita di lobi Kementerian, Ahmad, yang juga Ahli Parlimen Pontian berkata, kedua-dua mereka bersama Timbalan-Timbalan Menteri yang lain terlebih menghadiri pertemuan dengan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang juga Menteri Kewangan di bangunan Jabatan Perdana Menteri.
“Pukul 8.30 pagi tadi, Perdana Menteri jumpa semua Timbalan-timbalan Menteri di bangunan JPM.
"Lepas tu, datang semula ke sini 9.30 pagi,” katanya kepada pemberita awal pagi tadi.
Ahmad dan Chee Keong ialah antara 27 Timbalan Menteri yang diumumkan oleh Perdana Menteri pada 9 Disember lepas, melengkapkan senarai 28 Menteri Kabinet Perpaduan yang diumumkan lebih awal.
Pemerhati politik melihat ia sebagai sejarah negara apabila UMNO dan DAP yang sebelum ini merupakan seteru politik, kini berada dalam barisan Kabinet bersama-sama di bawah pimpinan Anwar.
Topic Berkaitan
#Ahmad Maslan
#Steven Sim
#Kementerian Kewangan
#Kabinet Perpaduan
#PM10
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan