awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Iran hentikan trafik kapal tangki di Selat Hormuz susulan serangan Israel ke atas Lubnan
100 lokasi di Lubnan jadi sasaran Israel dalam tempoh 10 minit
Harga minyak di pam tidak turun, ikut bekalan semasa harga minggu lepas - MOF
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kadar literasi rakyat Malaysia hampir 95 peratus - Perpustakaan Negara

Bernama
Bernama
09/05/2017
08:19 MYT
Kadar literasi rakyat Malaysia hampir 95 peratus - Perpustakaan Negara
Kadar literasi rakyat Malaysia secara umumnya sudah menjangkau 94.64 peratus. - Gambar hiasan
Kadar literasi rakyat Malaysia secara umumnya sudah menjangkau 94.64 peratus berdasarkan laporan yang dikeluarkan badan antarabangsa, kata Ketua Pengarah Perpustakaan Negara Malaysia (PNM), Datuk Nafisah Ahmad.
Beliau berkata laporan ‘Adult and Youth Literacy : National Regional and Global Trends 1985-2015’ yang diterbitkan oleh UNESCO Institute for Statistic (UIS) mengklasifikasikan peratusan itu terhadap literasi dalam kalangan rakyat berumur 15 tahun ke atas di Malaysia.
“Tahap pengukuran yang ditetapkan oleh UIS agak tinggi dan kita merujuk kepada laporan mereka bagi mengelakkan kekeliruan,” katanya kepada Bernama mengulas laporan media baru-baru ini berhubung kadar literasi rakyat Malaysia yang masih berada pada tahap 55 peratus.
Sehubungan itu, Nafisah berkata tumpuan PNM ketika ini adalah untuk meningkatkan tabiat membaca dalam kalangan rakyat Malaysia yang masih berada pada tahap kurang memuaskan.
“Secara purata, setiap penduduk di Malaysia hanya membaca sebanyak 15 buah buku setahun berdasarkan kajian interim tabiat membaca yang PNM lakukan pada 2014. Jadi perkara yang kita pentingkan sekarang adalah untuk membangunkan masyarakat Malaysia yang mempunyai budaya membaca yang lebih tinggi,” katanya.
Topic Berkaitan
#global trends
#kadar literasi
#Nafisah Ahmad
#Perpustakaan Negara
#rakyat Malaysia
#Unesco
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan