awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
PRU Thailand dedah penjajaran baharu elit konservatif terhadap politik - Penganalisis
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kadar vaksinasi pelajar IPT kini 73 peratus, staf universiti 91 peratus - KPT

Bernama
Bernama
24/09/2021
14:28 MYT
Kadar vaksinasi pelajar IPT kini 73 peratus, staf universiti 91 peratus - KPT
Datuk Ahmad Masrizal Muhammad berkata peratusan tersebut adalah tinggi dan dengan itu tahap kesediaan universiti menerima pelajar dilihat sangat baik. - BERNAMA
SHAH ALAM: Kadar vaksinasi pelajar institusi pengajian tinggi telah mencapai 73 peratus manakala kakitangan universiti pula mencecah 91 peratus setakat Rabu, menurut Kementerian Pengajian Tinggi (KPT).
Timbalan Menterinya Datuk Ahmad Masrizal Muhammad berkata peratusan tersebut adalah tinggi dan dengan itu tahap kesediaan universiti menerima pelajar dilihat sangat baik.
"Setiap universiti memiliki profil dan prosedur operasi standardnya tersendiri namun memiliki satu set kefahaman bahawa perkara (melawan COVID-19) ini serius dan ia penting untuk pelajar," katanya kepada pemberita selepas melawat Universiti Teknologi Mara (UiTM) di sini hari ini.
Lawatan itu adalah yang ketiga selepas Universiti Pertahanan Nasional Malaysia dan Universiti Kebangsaan Malaysia bagi melihat persediaan dan kesiapsiagaan UiTM untuk menerima kemasukan pelajar di kampus universiti itu bagi sesi akademik 2021/2022 bermula Oktober ini.
Ahmad Masrizal juga amat yakin adalah selamat untuk ibu bapa menghantar anak-anak kembali semula ke universiti kerana setiap universiti memiliki mekanisme terbaik dalam mencegah penularan COVID-19.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Institusi Pengajian Tinggi
#kadar vaksinasi
#KPT
#Ahmad Masrizal Muhammad
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan