awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Bursa Malaysia ditutup rendah berikutan pengambilan untung
Dewan Rakyat lulus usul Titah Diraja
Isu saham Azam Baki: Kabinet akan putuskan tindakan susulan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kadar zakat fitrah di Sabah kekal RM7 - MUIS

Bernama
Bernama
08/03/2023
13:47 MYT
Kadar zakat fitrah di Sabah kekal RM7 - MUIS
Kadar berkenaan ditetapkan berasaskan sukatan satu gantang Baghdad atau 2.7 kilogram beras yang digunakan majoriti penduduk negeri itu. - Gambar hiasan
KOTA KINABALU: Zakat fitrah di Sabah tahun ini kekal pada kadar RM7 ditetapkan untuk setiap umat Islam di negeri ini, kata Yang Dipertua Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS) Datuk Seri Yahya Hussin.
Beliau berkata kadar berkenaan ditetapkan berasaskan sukatan satu gantang Baghdad atau 2.7 kilogram beras yang digunakan majoriti penduduk di Negeri di Bawah Bayu itu.
"Seramai 39 orang Penyelaras Wakil Amir dan 2,200 wakil amil dilantik MUIS bagi menyelaras serta mengutip zakat fitrah sepanjang Ramadan pada tahun ini. Mereka akan dibekalkan dengan kad kuasa bagi mengelak kejadian mengeluarkan zakat fitrah kepada pihak tidak bertanggungjawab.
"Ramadan tahun ini juga MUIS memperuntukkan sebanyak RM17.25 juta untuk diagihkan kepada asnaf miskin, miskin dan mualaf," katanya menerusi kenyataan di sini hari ini.
Katanya, MUIS juga menyasarkan kutipan zakat fitrah tahun ini sebanyak RM11.44 juta, dengan pada tahun lepas sebanyak RM10.93 juta zakat fitrah berjaya dikutip membabitkan 1.56 juta orang pembayar.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#MUIS
#zakat fitrah
#Sabah
#Umat Islam
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan