awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kes Zara Qairina: Mahkamah tangguh prosiding komital terhadap Shafie Apdal
10 maut dalam insiden tembakan di sekolah Kanada
ICE sahkan bertugas di lokasi Piala Dunia AS
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kajian pertimbang kebolehlaksanaan pelaporan terperinci insurans perubatan akan dilaksana

Bernama
Bernama
26/02/2025
07:00 MYT
Kajian pertimbang kebolehlaksanaan pelaporan terperinci insurans perubatan akan dilaksana
Hui Ying berkata pada masa ini, penanggung insurans dan pengendali takaful (ITO) tidak diwajibkan untuk menyenaraikan secara terperinci keuntungan dan kerugian setiap polisi insurans perubatan. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Kajian lebih mendalam akan dijalankan bagi mempertimbangkan kebolehlaksanaan pelaporan terperinci keuntungan dan kerugian setiap polisi insurans perubatan, kata Timbalan Menteri Kewangan Lim Hui Ying.
Dalam sesi soal jawab di Dewan Rakyat hari ini, beliau berkata pada masa ini, penanggung insurans dan pengendali takaful (ITO) tidak diwajibkan untuk menyenaraikan secara terperinci keuntungan dan kerugian setiap polisi insurans perubatan.
Bagaimanapun katanya, setiap ITO dikehendaki untuk mengisytiharkan keuntungan dan kerugian mereka dalam penyata kewangan tahunan mereka selaras dengan Piawaian Pelaporan Kewangan Malaysia (MFRS) 17.
Beliau menjawab soalan yang dikemukakan Teresa Kok Suh Kim (PH-Seputeh) yang ingin tahu sama ada kerajaan akan mengarahkan syarikat insurans untuk menyenaraikan secara terperinci keuntungan dan kerugian setiap polisi insurans perubatan bagi memastikan ketelusan dalam menentukan kenaikan premium yang munasabah.
Mengulas lanjut, Lim berkata ITO dikehendaki memastikan sebarang amalan dalaman untuk mentadbir urus peningkatan premium produk insurans, takaful perubatan dan kesihatan (MHIT) mengambil kira keseimbangan antara kemampuan pemegang polisi dan kemampanan produk MHIT.
"Sebagai contoh, ITO perlu memantau pengalaman kos tuntutan produk MHIT secara objektif, dan hanya boleh menetap semula premium apabila kos tuntutan sebenar merosot secara berterusan dan melebihi nilai ambang yang ditentukan lebih awal dalam amalan dalaman ITO.
"ITO juga dilarang untuk menetapkan semula premium semata-mata untuk meningkatkan keuntungan ITO," katanya.
Menurut beliau, Bank Negara Malaysia telah mempertingkat standard amalan perniagaan MHIT termasuk usaha untuk meningkatkan kesedaran pengguna melalui penambahbaikan lembaran penzahiran produk (PDS) yang lebih ringkas dan mudah difahami.
"Penambahbaikan ini bertujuan menggalakkan pemegang polisi lebih memahami terma dan syarat produk MHIT serta membuat keputusan yang lebih termaklum.
"PDS juga akan menyatakan nisbah tuntutan pada peringkat industri untuk meningkatkan kesedaran kepada pengguna bahawa sebahagian besar premium adalah diperuntukkan untuk membayar tuntutan," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#insurans perubatan
#kenaikan harga
#Kerajaan Madani
#Kajian
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan