awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MARA sasar UPTM, UniKL disenaraikan di Bursa Malaysia - Ahmad Zahid
KPop Demon Hunters bakal kembali? Sekuel sah dalam pembikinan, dijangka terbit pada 2029
SPRM syor lima penambahbaikan perkukuh tatakelola projek MyKiosk
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kakitangan sekolah ditahan kemuka tuntutan palsu

Sinar Harian
Sinar Harian
06/02/2023
23:15 MYT
Kakitangan sekolah ditahan kemuka tuntutan palsu
SPRM cawangan Batu Pahat menahan seorang kakitangan sekolah di sebuah daerah itu bagi membantu siasatan kerana disyaki mengemukakan tuntutan palsu berjumlah lebih RM100,000. - Gambar hiasan
JOHOR BAHRU: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) cawangan Batu Pahat menahan seorang kakitangan sekolah di sebuah daerah itu bagi membantu siasatan kerana disyaki mengemukakan tuntutan palsu berjumlah lebih RM100,000.
Menurut sumber, lelaki berusia 40 tahun itu ditahan di Pejabat SPRM di sini kira-kira jam 5 petang Isnin selepas hadir memberikan keterangan.
Difahamkan, pada 2021, lelaki itu telah menyediakan dokumen palsu atas nama sebuah syarikat bagi menuntut bayaran berkaitan kerja pembekalan cetakan modul bahan pengajaran dan pembelajaran untuk kegunaan pelajar kepada sekolah tempatnya berkhidmat, sedangkan kerja pembekalan tidak dilaksanakan.
Pengarah SPRM Johor, Datuk Azmi Alias ketika dihubungi mengesahkan penahanan terbabit dan berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 18 Akta SPRM 2009.
Lelaki itu akan dibawa ke Mahkamah Majistret Johor Bahru pada jam 9 pagi Selasa bagi mendapatkan permohonan reman. -Sinar Harian
Topic Berkaitan
#SPRM
#tuntutan palsu
#kakitangan sekolah
#Azmi Alias
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan