awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Konflik Asia Barat: Indonesia naikkan harga tiket, caj bahan api pesawat
Kes Indira Gandhi: Mahkamah tetap 25 Jun untuk dengar perkembangan siasatan PDRM
Misi Artemis II masuk sfera graviti bulan, atasi rekod Apollo 13
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kakitangan TNB direman 3 hari bersabit kes rasuah

Bernama
Bernama
27/10/2017
06:17 MYT
Kakitangan TNB direman 3 hari bersabit kes rasuah
Kakitangan TNB yang berusia 38 tahun itu ditahan di pejabatnya di Seremban kira-kira pukul 12 tengah hari semalam. - Gambar hiasan
Seorang kakitangan Tenaga Nasional Bhd (TNB) direman selama tiga hari bermula hari ini untuk membantu siasatan membabitkan kes rasuah.
Perintah reman itu dikeluarkan Pendaftar Mahkamah Khas Reman Nur Haryatie Mohd Saini selepas mendapat permohonan daripada Pegawai Pendakwa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Mohd Khairi Abdul Karim.
Kakitangan TNB yang berusia 38 tahun itu ditahan di pejabatnya di sini kira-kira pukul 12 tengah hari semalam.
Suspek yang tidak diwakili peguam, ditahan selepas SPRM menerima laporan daripada seorang lelaki yang mendakwa pada Rabu lepas kakitangan TNB itu telah meminta beliau membayar RM280 sebagai balasan untuk mempercepatkan urusan penyambungan elektrik di rumahnya yang baru dibeli.
Pengadu juga mendakwa beliau telah membayar RM200 bagi tujuan yang sama kepada suspek di kaunter TNB pada 18 Sept lepas.
Kes disiasat mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#mahkamah
#penyambungan elektrik
#Rasuah
#reman
#siasatan
#SPRM
#suspek
#Tenaga Nasional Bhd
#TNB
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan