awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Penganjuran Terbuka Malaysia lebih mencabar
Pahang rekod kehadiran 15.2 juta pelancong pada 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

'Kalau ada kereta terbang lagi cepat saya tiba' - Najib

Hasimi Muhamad
Hasimi Muhamad
11/01/2020
10:55 MYT
'Kalau ada kereta terbang lagi cepat saya tiba' - Najib
Isu kereta terbang terus menghangatkan kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Kimanis apabila ia menjadi bahan sindiran dan jenaka dalam kalangan pemimpin dan penyokong Barisan Nasional (BN).
Bekas presiden UMNO, Datuk Seri Najib Razak secara berseloroh berkata, kehadirannya ke Kimanis akan lebih cepat sekiranya mempunyai kereta terbang.
Ia kemudian disusuli dengan gelak-ketawa penduduk dan penyokong BN yang hadir di Pusat Daerah Mengundi (PDM) Brunei, di sini, pada Sabtu.
“Saya datang sini kalau ada kereta terbang, lagi cepat.
“Jadi pagi tadi saya buka TV (televisyen), saya tengok channel (saluran) Bloomberg, Bloomberg kata kereta terbang masih lagi dalam impian.
“Di negara maju barangkali 10 tahun lagi, tetapi Malaysia, menteri dia (Menteri Pembangunan Usahawan Datuk Seri Redzuan Md Yusof) kata, kereta terbang tahun ini akan terbang,” katanya.
Awal tahun lalu, Redzuan mengumumkan projek kereta terbang pertama di Malaysia.
Bagaimanapun, kereta terbang yang dimaksudkan sebenarnya adalah sebuah 'super dron'.
Topic Berkaitan
#Barisan Nasional
#bekas presiden UMNO
#kereta terbang
#Najib Razak
#pilihan raya kecil
#PRK Kimanis
#Redzuan Md Yusof
#super dron
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan