awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis tahan empat individu bantu siasatan kes roboh kuil
Jangan bertindak luar batas soal isu rumah ibadat - Anwar
Bersatu perlu dibersihkan sebelum hala tuju parti dibincangkan - Penganalisis
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kalau sedih... tangis dan doalah ubatnya - Ebit Lew

Israr Khalid
Israr Khalid
04/03/2021
07:28 MYT
Kalau sedih... tangis dan doalah ubatnya - Ebit Lew
Kata Ebit Lew, apabila sedih, lepaskan saja perasaan itu dan mengadulah kepada Yang Maha Mendengar. - Facebook Ebit Lew
KUALA LUMPUR: Manusia adalah ciptaan Tuhan yang kompleks dengan rangkaian perasaan yang pelbagai. Dengan akal dan hati nurani yang diberi-Nya, kita bertanggungjawab menguruskan perasaan yang dialami sama ada menjurus kepada kebaikan atau keburukan dalam langkah mendatang.
Ketika hati berduka, minda dan jiwa menjadi celaru. Semangat hilang dan langkah kita terhenti. Ketika inilah seharusnya kita kembali berserah kepada Kuasa Yang Maha Esa.
Bagi pendakwah bebas, Ebit Lew, tangisan dan doa adalah ubatnya setiap kali jiwanya tercalar dalam menjalankan kerja di jalan Allah yang penuh pancaroba. Segala rasa diluahkan dan diadu kepada Yang Maha Mendengar.
“Saya belajar, bila sedih sangat tak tahu nak buat apa, saya menangis. Dahulu masa saya mula-mula masuk kolej, saya lihat ada tiga orang sahaja di surau ketika waktu solat Subuh. Saya ajak orang ramai, tapi orang makin tak suka dan marah. Jadi saya menangis sambil berdoa kepada Allah.
“Kemudian ada orang nampak saya menangis, dia tanya kenapa. Dia tolong saya ajak orang ramai kerana dia berpengaruh di situ. Jadi saya lihat bila kita mengadu kepada-Nya, Allah bagi hadiah. Menangis dalam doa, Allah akan hantar orang yang lebih kuat untuk bantu kita,” katanya.
Selain itu, Ebit juga akan pergi bertemu dengan para guru dan alim ulama yang disanjungi apabila hatinya luka untuk mendapatkan nasihat mereka. Kata-kata guru-guru sering meniupkan kembali semangat untuk beliau terus menjalankan usaha dakwahnya.
“Kata mereka, orang menentang dakwah itu kan sudah biasa. Jadi ubatnya bukannya membenci mereka, tetapi balas keburukan itu dengan kebaikan. Lagi orang buat benda tak baik kepada kita, kita pergi jumpa dia, ziarah dia, bawa hadiah, doakan dia.
“Kita hidupkan apa yang Nabi buat. Banyakkan bersabar.”
Cumanya amalan ketiga setiap kali berasa sedih kini tidak lagi dapat dibuatnya. Selain menangis dan berdoa serta berjumpa guru-guru, Ebit akan kembali ke pangkuan ibunya dan memeluknya. Kini ibunya sudah tiada lagi.
“Saya sayang sangat mak saya, saya rindukan dia. Itu yang buat lagi sedih ketika berdoa,” ujarnya.
Kalau sedih, menangislah ubatnya - Ebit Lew
Topic Berkaitan
#Agenda Awani
#Ebit Lew
#doa
#menangis
#hilang semangat
#kebajikan
#seruan kebaikan
#jihad
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan