awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Penganjuran Terbuka Malaysia lebih mencabar
Pahang rekod kehadiran 15.2 juta pelancong pada 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kami senaraikan 9 perkara yang dibualkan rakyat Malaysia sepanjang PKP

Harits Asyraf Hasnan
Harits Asyraf Hasnan
11/04/2020
08:44 MYT
Kami senaraikan 9 perkara yang dibualkan rakyat Malaysia sepanjang PKP
Kajian dilakukan Berkshire Media melibatkan 3.9 juta data media sosial merentasi 8 platform dan saluran selama 20 hari. - Foto BERNAMA
BAKAL memasuki fasa ketiga Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), rakyat Malaysia kini mula membiasakan diri dengan norma baharu kehidupan.
Aktiviti dalam talian seperti interaksi media sosial, perbualan, panggilan video, mesyuarat dan membeli belah telah merekodkan penggunaan yang tinggi.
Ini antara fakta menarik berkenaan kajian yang dilakukan Berkshire Media melibatkan 3.9 juta data media sosial merentasi 8 platform dan saluran sepanjang 20 hari bermula 16 Mac hingga 6 April lalu.
Rakyat Malaysia positif sepanjang tempoh PKP
Menerusi 3,912,156 data (mentions), 46.28 peratus adalah positif berbanding 31.44 peratus negatif, manakala 22.28 peratus neutral.
Ia melibatkan pelbagai sumber seperti Facebook, Twitter, media arus perdana, komentar berita, blog, forum, komentar YouTube dan ‘news aggregator’.
“Kami mengambil sampel 1.78 juta data berkait isu sosio-ekonomi dan ini merupakan hasil daripada perbualan dalam kalangan netizen. Ini merupakan data umum yang diekstrak dari alat pemantauan media sosial yang biasa terdapat di pasaran,” memetik laporan itu. 

1. Kerja & Pekerjaan (602,553 mentions)
  • Ketidaktentuan orang awam dalam kestabilan pekerjaan, khuatir akan pendapatan yang terjejas, impak kewangan terutama kepada pekerja golongan B40 dalam industri perkhidmatan dan pembuatan.
  • Perbandingan polisi melibatkan pelbagai syarikat, maklum balas pemotongan gaji antara syarikat dalam pelbagai sektor (B2B vs B2C) dan status (syarikat Bumiputera vs MNC).
  • Maklum balas kepada kenyataan pakar ekonomi serta awam terhadap keupayaan pakej rangsangan ekonomi dalam memenuhi jurang pendapatan yang dialami oleh mereka yang kehilangan kerja, kekeliruan terhadap kelayakan bantuan melibatkan PKS.
  • Orang awam membidas pengusaha berprofil tinggi yang menyatakan kebimbangan mereka terhadap kelangsungan perniagaan PKS, yang mendatangkan kemarahan dari netizen kerana sifat "ironis" keluhan mereka memandangkan gaya hidup golongan ini yang mewah.
  • Perbincangan untuk mencari kerja sambilan/sementara untuk menambah pendapatan dalam tempoh PKP.
  • Aktif berkongsi iklan peluang pekerjaan.
  • Perbualan yang sensitif/empati dalam menyokong perniagaan kecil rakyat Malaysia.
  • Perbincangan berkenaan kewajaran selebriti meminta dana/bantuan khas untuk diri mereka akibat pekerjaan mereka yang terjejas.
  • Aduan berkenaan syarikat yang yang tidak mahu memohon subsidi gaji untuk pekerja sebaliknya pekerja diarah untuk mengambil cuti tanpa gaji.
  • Berkongsi perbualan/panggilan video bersama rakan sekerja
  • Laporan berkenaan aplikasi mesyuarat dalam talian, Zoom sekaligus mencetus perbualan berkenaan keselamatan internet.
Apa yang boleh dijangka?
  • Syarikat sedang mengalami pra-krisis penurunan perniagaan ekoran kelembapan ekonomi global yang semakin meruncing.
  • Terlalu banyak ketidaktentuan dalam industri tertentu, pengangguran akan terus meningkat walaupun wujud pakej rangsangan.
  • Aliran tunai syarikat amat meruncing sekaligus mengurangkan ruang pejabat dan infrastruktur seiring polisi baharu yang menjadikan pekerjaan lebih fleksibel.
2. Makanan & Barangan Runcit (391,959 mentions)
  • Aduan kurangnya stok barangan dan keperluan penting dijual dalam talian.
  • Syarikat makanan menawarkan perkhimatan penghantaran adalam memenuhi permintaan sewaktu PKP.
  • Netizen berkongsi kecenderungan mereka terlebih makan di rumah, cuba memasak, sementara ada yang mengeluh penat memasak untuk ahli keluarga.
  • Barangan mentah seperti daging, ayam, roti dan telur dibeli dalam jumlah yang banyak sekaligus menyebabkan kekurangan bekalan.
  • Ucapan penghargaan dan tindakan menyokong penghantar makanan yang berusaha untuk memenuhi permintaan.
Apa yang boleh dijangka?
  • Tabiat membeli-belah dalam talian akan terus meningkat dalam tempoh enam hingga 12 bulan.
  • Impak negatif terhadap peruncit kecil dan pengusaha pusat membeli-belah yang mendesak mereka mewujudkan inovasi digital dan agenda e-dagang.
  • Secara keseluruhan perbelanjaan pengguna untuk barang keperluan terus meluas.
  • Kawalan harga akan terus diperketatkan terutama melibatkan barang keperluan.
3. Kewangan Peribadi (362,717 mentions)
  • Wujud ketidakpuasan hati susulan inisiatif kerajaan membenarkan RM500 dibawa keluar daripada akaun peribadi KWSP.
  • Inisiatif awam dalam mengumpul dana untuk disumbangkan kepada mereka yang memerlukan dan petugas barisan hadapan.
  • Netizen lega dengan pelaksanaan diskaun bil utiliti yang ditawarkan kerajaan.
  • Maklum balas positif berkenaan bantuan RM500 menerusi inisiatif BPN, walaupun ada yang mengadu kerana tidak layak.
  • Perbualan berkenaan pelaksanaan moratorium yang ditawarkan bank untuk pinjaman peribadi/perumahan/kad kredit/kereta dan ada yang bertanya perincian terma dan syarat.
Apa yang boleh dijangka?
  • Pengguna akan berbelanja sedikit bagi barangan tidak-berkeperluan dan fokus kepada simpanan peribadi dalam tempoh tiga hingga enam bulan.
  • Sektor automotif akan menerima kesan teruk apabila pengguna mungkin tidak memilih untuk membeli/menaik taraf kereta baharu.
4. Pendidikan (155,296 mentions)
  • Golongan profesional dan pelajar di peringkat pengajian tinggi mengadu berkenaan kesukaran pembelajaran dalam talian di rumah - sama ada kekurangan akses internet di kawasan pedalaman atau kekurangan infrastruktur, kekangan dalam menjalankan tugasan berkumpulan.
  • Ibu bapa meluahkan kekecewaan berkenaan pembelajaran di rumah (HBL) disebabkan pelbagai isu berkenaan kesesuaian sistem/IT dan masa yang diluangkan untuk HBL.
  • Ucapan penghargaan dan empati terhadap golongan pendidik yang berusaha menangani cabaran dalam mengajar kanak-kanak.
Apa yang boleh dijangka?
  • Inovasi baharu pembelajaran seperti e-pembelajaran akan muncul, terutama dihasilam oleh universiti dan institusi swasta, sementara ibu bapa menyesuaikan diri dalam cara pengajaran baharu.
  • Perubahan sistem pendidikan sektor awam akan dilihat pada kadar yang sedikit tetapi secara berperingkat seiring penyesuaian pembelajaran menerusi TV pendidikan untuk menembusi kawasan luar bandar.
5. Pembelian Dalam Talian (81,072 mentions)
  • Wujud perbincangan berkenaan amaran berlakunya penualran wabak susulan peningkatan ppembelian dalam talian dan penghantaran kiriman bungkusan.
  • Netizen meluahkan kemungkinan berlaku pembelian akibat rasa bosan.
  • Berlaku penangguhan melibatkan syarikat logistik (Shopee, Lazada, J&T Express, PosLaju).
  • Aduan berkenaan kelewatan penghantaran, status barang yang tidak diketahui dan syarikagt logistik yang tidak responsif.
  • Aduan berkenaan penipuan penjualan dan harga bagi barang keperluan seperti topnmg muka dan cecair nyahkuman (sanitser).
  • Maklum balas positif daripada orang awam berkenaan pendirian kerajaan menetapkan harga siling bagi topeng muka.
Apa yang boleh dijangka?
  • Tabiat membeli-belah dalam talian akan terus meningkat dalam tempoh enam hingga 12 bulan.
  • Impak negatif terhadap peruncit kecil dan pengusaha pusat membeli-belah yang mendesak mereka mewujudkan inovasi digital dan agenda e-dagang.
  • Secara keseluruhan perbelanjaan pengguna untuk barang keperluan terus meluas.
  • Rantaian bekalan akan dioptimumkan.
6. Amalan Keagamaan dan Keimanan
  • Peningkatan dalam menggalakkan penyebaran mesej harapan dan positif terhadap kehidupan yang dilalui sepanjang musim penularan wabak.
  • Majlis keagamaan dianjurkan pada tarikh/waktu tertentu dari kediaman masing-masing.
  • Kritikan terhadap kumpulan jemaah Tabligh dan hadirin gereja yang dituduh tidak bertanggungjawab dalam menyebarkan COVID-19 walaupun sekatan terhadap perhimpunan telah dimaklumkan.
  • Saling mengingati orang ramai tentang kepentingan logik, pemikiran sivik dan bersebab selepas kekayaan dan status sosial menjadi perbezaan dalam risiko kesihatan mendepani pandemik yang agresif.
  • Netizens menyatakan kerinduan mereka untuk ke tempat ibadat mereka.
Apa yang boleh dijangka?
  • Polarisasi sosial akan berterusan susulan perbezaan kepercayaan, walaupun pada tahap yang lebih rendah.
  • Masjid, kuil dan gereja akan merekodkan jumlah kehadiran yang rendah dan fleksibiliti akan dilaksanakan dalam bulan-bulan mendatang.
7. Keluarga & Perhubungan (59,392 mentions)
  • Kebimbangan terhadap tahap kesihatan mental dan fizikal komuniti dalam risiko seperti wanita dan kanak-kanak dalam kalangan keluarga yang ‘kasar’ dan warga emas yang tinggal berseorangan.
  • Peningkatan tren penceraian susulan wujud tekanan dalam kalangan anggota keluarga terutama melibatkan kekangan kewangan.
  • Netizen berkongsi kerinduan mereka terhadap keluarga, ibu bapa anak-anak sama ada yang di luar negara atau negeri berlainan.
  • Kebimbangan sama ada sambutan Ramadan dan Hari Raya akan terjejas sekiranya PKP dilanjutkan.
  • Netizen berkongsi mesej positif apabila dapat meluangkan masa berkualiti bersama ahli keluarga.
Apa yang boleh dijangka?
  • Penggunaan panggilan video secara meluas - terutama menggunakan Skype, Zoom dan Google Hangout untuk merapatkan anggota keluarga.
8. Keibubapaan & Penjagaan Kanak-kanak (35,496 mentions)
  • Perbualan berkenaan kesukaran bekerja dari rumah dalam perspektif ibu bapa yang mempunyai anak atau golongan dewasa yang mempunyai warga emas atau ahli keluarga berkeperluan khas.
  • Ibu bapa menghadapi kekangan kewangan untuk terus membayar perkhidmatan penjagaan anak mereka sewaktu PKP ekoran pemotongan gaji atau hilang pekerjaan.
  • Beberapa syarikat penjagaan kanak-kanak umum pengecualian bayaran bagi keluarga yang berdepan masalah kewangan.
Apa yang boleh dijangka?
  • Kebergantungan terhadap perkhidmatan penjagaan kanak-kanak makin berkurangan ekoran langkah penjimatan.
  • Inovasi kepada pusat jagaan kanak-kanak berteraskan komuniti dan mendapatkan penjaga melalui aplikasi merupakan alternatif yang baik.
9. Kesihatan Kecergasan & Penjagaan Diri (28,950 mentions)
  • Kritikan terhadap seorang doktor di Pulau Pinang dan mereka yang berjoging di Mont Kiara walaupun sewaktu PKP.
  • Perbualan, perkongsian dan inisiatif oleh jurulatih, penggiat dan syarikat kecergasan seperti Milo dalam melakukan sesi senaman dalam talian.
  • Netizen berkongsi keutamaan mereka untuk mendapatkan khidmat gunting rambut selain tahap kecergasan diri semakin menurun susulan pelaksanaan PKP.
  • Kebimbangan berkenaan bila pandemik ini akan berakhir dan risiko terhadap kesihatan apabila PKP ditamatkan.
  • Penghargaan luar biasa kepada pasukan perubatan dan petugas barisan hadapan yang berkorban menentang pandemik itu.
  • Perkongsian diskusi panel dengan golongan profesional serta menteri-menteri berkenaan kesediaan dan keberkesanan yang membolehkan orang ramai mendepani norma baharu dalam penjarakan sosial, yang akan memberi impak kepada budaya lama seperti bersalaman dan berpelukan pasca PKP.
Apa yang boleh dijangka?
  • Peningkatan terhadap kesedaran pengguna berkenaan kesihatan susulan penularan wabak COVID-19.
  • Permintaan terhadap penjagaan kesihatan makin meningkat, seiring persetujuan di peringkat global.
  • Gimnasium di rumah dilihat sebagai pilihan utama dalam kalangan pengguna bagi mengelak menghadiri gim dan taman awam.
  • Perubahan sikap ini akan memberi impak negatif kepada penyedia perkhidmatan atau operator kesihatan dan kecergasan swasta.
Topic Berkaitan
#ekonomi
#kajian perbualan rakyat Malaysia di media sosial
#kajian sikap rakyat Malaysia
#koronavirus
#media sosial
#pendidikan
#perintah kawalan pergerakan
#perubatan
#PKP
#rakyat Malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan