awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MTDC perkenal SemiconStart Malaysia, sasar 10 syarikat pemula tempatan
Serangan ke atas kemudahan kesihatan Lubnan mesti dihentikan - WHO
Konflik Asia Barat: Thailand catat aliran keluar modal asing paling besar sejak 2024
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kanada pertimbang larangan media sosial untuk kanak-kanak

Bernama
Bernama
16/04/2026
01:43 MYT
Kanada pertimbang larangan media sosial untuk kanak-kanak
Semakin banyak negara Eropah turut mengambil langkah ke arah  mengehadkan akses golongan bawah umur kepada media sosial susulan kebimbangan yang kian meningkat terhadap kesan platform dalam talian terhadap kesihatan mental dan kesejahteraan golongan muda.
Kanada sedang mempertimbangkan untuk mengehadkan akses media sosial bagi kanak-kanak berusia bawah 16 tahun, lapor Anadolu Ajansi yang memetik media tempatan pada Rabu.
The Canadian Press melaporkan, Menteri Kebudayaan, Marc Miller berkata, pada perhimpunan Parti Liberal di Montreal hujung minggu lalu, para perwakilan mengundi menyokong penetapan umur 16 tahun sebagai had minimum untuk memiliki akaun media sosial.
Walaupun langkah itu tidak mempunyai kuasa perundangan, ia mencerminkan sokongan yang semakin meningkat dalam parti berkenaan untuk mengambil tindakan terhadap isu itu.
Miller berkata, larangan sedemikian boleh menjadi satu langkah yang bermakna, namun mengingatkan bahawa ia sahaja tidak mencukupi untuk menangani cabaran lebih luas yang berpunca daripada mudarat dalam talian.
Kerajaan Persekutuan ketika ini sedang berusaha menggubal rang undang-undang berkaitan mudarat dalam talian dan menubuhkan kumpulan penasihat pakar bagi membantu merangka perundangan itu.
Menurut Miller, kumpulan berkenaan juga akan diminta meneliti sama ada peraturan itu perlu diperluas kepada chatbot kecerdasan buatan (AI), namun setakat ini tiada keputusan muktamad dibuat.
Semakin banyak negara Eropah turut mengambil langkah ke arah mengehadkan akses golongan bawah umur kepada media sosial susulan kebimbangan yang kian meningkat terhadap kesan platform dalam talian terhadap kesihatan mental dan kesejahteraan golongan muda.
Tahun lalu, Australia memperkenalkan apa yang dilihat secara meluas sebagai larangan media sosial pertama di dunia bagi mereka yang berusia bawah 16 tahun, melibatkan platform seperti Instagram, TikTok dan Snapchat.
-- BERNAMA-ANADOLU
Topic Berkaitan
#Kanada
#sekatan
#media sosial
#Kanak-kanak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan