awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tiga Bersatu negeri mahu Hamzah Zainudin dipecat
ACLE: JDT kecundang di Jepun, laluan ke pusingan kalah mati sukar
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kanak-kanak 10 tahun maut dalam kemalangan di Pendang

Bernama
Bernama
24/09/2015
14:00 MYT
Kanak-kanak 10 tahun maut dalam kemalangan di Pendang
Jenazah Mohammad Nurhakimi selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Tanah Merah, petang tadi. - Gambar Fail
Seorang kanak-kanak lelaki 10 tahun maut selepas kereta bapanya yang rosak di lorong kecemasan dirempuh sebuah kereta lain di KM66.7 Lebuhraya Utara Selatan berhampiran susur keluar Plaza Tol Pendang, dekat sini hari ini.
Ketua Polis Daerah Pendang DSP Fadzil Hashim berkata, mangsa dikenali sebagai Mohammad Nurhakimi Suzlisham meninggal dunia dalam perjalanan ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), di sini untuk mendapatkan rawatan selepas kemalangan yang berlaku pada pukul 10 pagi tadi.
"Kes disiasat dibawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya kepada pemberita hari ini dan menambah, pemandu sebuah lagi kereta berusia 23 tahun yang terlibat dalam kemalangan itu cedera dan menerima rawatan di HSB.
Bapa mangsa, Suzlisham Salleh, 38, berkata, dia dan isterinya Suhana Sallehuddin, 37 serta tiga anaknya termasuk Mohammad Nurhakimi sedang dalam perjalanan ke Tanah Merah, Jitra dari Pulau Pinang.
Sampai di lokasi kejadian katanya, kereta dinaiki mereka sekeluarga rosak membuatkannya berhenti di lorong kecemasan dan keluar untuk memeriksa enjin kereta sebelum bahagian belakang keretanya dirempuh sebuah kereta lain.
Bercakap kepada pemberita di Bilik Forensik, HSB, Suzlisham berkata, sejurus selepas kemalangan dia telah memeriksa keadaan isteri serta anak-anaknya dan mendapati hanya Mohammad Nurhakimi tidak sedarkan diri, manakala yang lain tidak cedera.
Jenazah Mohammad Nurhakimi selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Tanah Merah, petang tadi.
Topic Berkaitan
#Plaza Tol Pendang
#seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987
#Suhana Sallehuddin
#Suzlisham Salleh
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan