awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dron Israel ragut nyawa wartawan Al Jazeera, Mohammed Wishah di Gaza
Konflik Asia Barat: Israel bersedia ‘kembali berperang bila-bila masa’ menentang Iran - Netanyahu
Trump ancam tarif 50 peratus ke atas negara pembekal senjata kepada Iran
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kanak-kanak 4 tahun maut terjatuh dari tingkat 30

Umavathi Ramayah
Umavathi Ramayah
05/06/2025
15:30 MYT
Kanak-kanak 4 tahun maut terjatuh dari tingkat 30
Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Aidil Bolhassan berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 11.17 pagi sebelum sepasukan anggota polis digerakkan ke lokasi. - Foto FB Polis Cheras
KUALA LUMPUR: Seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun maut selepas dipercayai terjatuh dari tingkat 30 sebuah residensi di Jalan Jalil Impian Satu, Bukit Jalil, di sini, pagi Khamis.
Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Aidil Bolhassan berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 11.17 pagi sebelum sepasukan anggota polis digerakkan ke lokasi.
“Hasil pemeriksaan pegawai perubatan mengesahkan mangsa meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah," katanya dalam kenyataan di sini, pada Khamis.
Aidil memberitahu, mayat mangsa dihantar ke Hospital Canselor Tuanku Muhriz untuk proses bedah siasat yang dijangka dijalankan pada pagi Jumaat.
Menurutnya, kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR).
Sehubungan itu, beliau meminta orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berhubung kejadian supaya tampil membantu siasatan dengan menghubungi balai polis berhampiran.
Topic Berkaitan
#bedah siasat
#Kanak-kanak
#jatuh bangunan
#mati mengejut
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan