awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dua juruterbang maut selepas pesawat ditembak ketika mendarat di Papua, Indonesia
[TERKINI] “Saya tidak mempunyai sebarang pegangan saham lagi” – Azam Baki
[TERKINI] Isu pemilikan saham: Azam Baki akan hantar surat tuntutan kepada Bloomberg esok
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kanak-kanak boleh beriadah cuma tidak digalakkan dibawa ke kompleks beli-belah

Rahimah Abdullah
Rahimah Abdullah
17/06/2020
07:15 MYT
Kanak-kanak boleh beriadah cuma tidak digalakkan dibawa ke kompleks beli-belah
Tiada lagi larangan untuk kanak-kanak keluar beriadah, ujar Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Tiada lagi larangan untuk kanak-kanak keluar beriadah, ujar Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Bagaimanapun katanya, kelonggaran itu diberikan dengan syarat perlu mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.
"Sekarang ini sudah boleh, tiada larangan untuk kanak-kanak beriadah lagi. Taman-taman permainan sudah mula dibuka. Anak-anak sudah boleh keluar sudah boleh keluar, cuma janganlah berhimpun beramai-ramai di kawasan riadah tersebut.
"Kita sudah katakan, kena ada penjarakan sosial, tidak berhimpit-himpit dan sebagainya. Jadi walaupun taman permainan dibuka tetapi SOPnya perlu dipatuhi," katanya dalam sidang media di sini pada Rabu.
Ibu bapa bagaimanapun katanya tidak digalakkan membawa kanak-kanak ke kompleks membeli-belah memandangkan mereka merupakan kumpulan berisiko tinggi dijangkiti COVID-19.
"Begitu juga dengan kompleks beli-belah, tiada tegahan yang tidak benarkan kanak-kanak pergi untuk membeli barangan bersama ibu bapa dan sebagainya. Cuma saya sentiasa ingatkan jangan bawa anak-anak sebab kanak-kanak merupakan golongan yang berisiko tinggi.
"Jadi ibu bapa perlu jaga kepentingan anak-anak walaupun tiada hukuman untuk mereka yang bawa anak-anak. Ia tidak diwartakan iaitu anak tidak boleh dibawa keluar ke restoran, tempat beli-belah. Namun sebab kanak-kanak berisiko tinggi, maka kita galakkan kanak-kanak tidak dibawa bersama. itu sahaja," jelasnya.
Justeru, beliau berharap golongan ibu bapa agar memastikan keselamatan anak-anak mereka jika tetap mahu membawa anak mereka keluar ke tempat riadah atau pusat beli belah.
"Sudah lama kita benarkan mereka melihat dunia, cuma ibu bapa kena pastikan jaga anak-anak mereka supaya terhindar daripada jangkitan COVID-19," tambah beliau.
Topic Berkaitan
#anak
#ismail sabri yaakob
#Kanak-kanak
#keselamatan
#koronavirus
#Media
#menteri
#operasi
#penjarakan sosial
#SOP
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan