awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Trump beri ultimatum 48 jam kepada Iran berkaitan Selat Hormuz
SPRM tahan mantan pengerusi disyaki seleweng dana kuil RM50,000
Konflik Asia Barat: Operasi haji 1447H berjalan seperti dijadual, Mekah aman - Zulkifli
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kanak-kanak dicampak dalam parit, JKM ambil tindakan segera

Bernama
Bernama
28/02/2026
09:55 MYT
Kanak-kanak dicampak dalam parit, JKM ambil tindakan segera
Nancy ditemui pengamal media selepas menghadiri Program Ramadan Prihatin di Masjid Darul Hana, Markas Pangkalan Polis Marin Wilayah 5, Bintawa, hari ini. - Gambar Bernama
Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) telah mengambil tindakan segera dengan mengendalikan kes seorang kanak-kanak cedera selepas didakwa dicampak ke dalam parit oleh bapanya dalam kejadian yang dilaporkan di Saratok.
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Nancy Shukri berkata petugas pelindung kanak-kanak turut menziarahi kanak-kanak perempuan berusia enam tahun itu, yang kini dirawat di hospital.
"Kes ini masih dalam siasatan pihak polis dan setakat ini bapa mangsa telah ditahan bagi membantu siasatan.
"Difahamkan ibu bapa kanak-kanak itu dalam proses perceraian dan dijadualkan hadir ke mahkamah Isnin ini. Mahkamah akan memutuskan berhubung hak penjagaan sementara kanak-kanak berkenaan selepas meneliti secara terperinci situasi keluarga terlibat," katanya.
Nancy berkata kepada pemberita selepas menghadiri Program Ramadan Prihatin di Masjid Darul Hana, Markas Pangkalan Polis Marin Wilayah 5 di sini hari ini.
Beliau berkata pihak JKM akan terus memantau perkembangan kes dan bersedia mengambil langkah sewajarnya sekiranya diperlukan.
"Sekiranya tiada penjaga yang sesuai, kanak-kanak itu boleh diletakkan di bawah jagaan JKM. Bagaimanapun, kita percaya mungkin ada ahli keluarga lain yang berkelayakan dan boleh membantu menjaga anak berkenaan," katanya.
Ketua Polis Daerah Saratok DSP Mathew Manggie dilaporkan berkata dalam insiden Rabu lepas, ibu mangsa yang menyaksikan kejadian itu telah membuat laporan polis dan suspek berusia 43 tahun yang dipercayai di bawah pengaruh dadah telah ditahan pada hari berikutnya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Kanak-kanak
#dera
#jkm
#mahkamah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan