awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dron Israel ragut nyawa wartawan Al Jazeera, Mohammed Wishah di Gaza
Konflik Asia Barat: Israel bersedia ‘kembali berperang bila-bila masa’ menentang Iran - Netanyahu
Trump ancam tarif 50 peratus ke atas negara pembekal senjata kepada Iran
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kanak-kanak dua tahun maut terjatuh dari tingkat tujuh

Bernama
Bernama
17/05/2025
14:45 MYT
Kanak-kanak dua tahun maut terjatuh dari tingkat tujuh
Aidi Sham memaklumkan pihaknya menerima laporan berkaitan kejadian pada 2.24 petang. - Gambar hiasan
PUTRAJAYA: Seorang kanak-kanak lelaki berusia dua tahun lapan bulan maut selepas dipercayai terjatuh dari tingkat tujuh kediamannya di Perumahan Awam, Presint 9, di sini hari ini.
Ketua Polis Daerah Putrajaya ACP Aidi Sham Mohamed dalam kenyataan malam ini memaklumkan pihaknya menerima laporan berkaitan kejadian pada 2.24 petang.
"Laporan diterima daripada doktor yang bertugas di wad kecemasan Hospital Putrajaya dengan menyatakan menerima pesakit iaitu seorang kanak-kanak dalam keadaan berlumuran darah.
"Kanak-kanak itu dibawa oleh bapanya iaitu seorang lelaki tempatan. Pemeriksaan dijalankan mendapati kanak-kanak itu telah meninggal dunia," katanya.
Beliau berkata kes sedang disiasat lanjut manakala bedah siasat mayat kanak-kanak itu akan dijalankan 8 pagi esok.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#bedah siasat
#Wad Kecemasan
#Kanak-kanak
#perumahan awam
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan