awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kerajaan nafi hantar 329,000 tong diesel ke Filipina, jangan buat spekulasi - MTEN
Bekalan bahan api negara masih stabil - Fuziah
Angka korban di Gaza meningkat kepada 72,328 sejak Oktober 2023
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kanak-kanak dua tahun meninggal dunia terjatuh di rumah pengasuh

Bernama
Bernama
07/08/2024
15:41 MYT
Kanak-kanak dua tahun meninggal dunia terjatuh di rumah pengasuh
Ketua Polis Perak Datuk Azizi Mat Aris berkata pihaknya menerima laporan daripada bapa kanak-kanak itu kira-kira 7.20 malam Isnin lepas selepas mendapati mangsa berada dalam keadaan tidak sedarkan diri. - Gambar fail/BERNAMA
IPOH: Seorang kanak-kanak perempuan berusia dua tahun meninggal dunia semalam akibat kecederaan pada kepala dipercayai selepas terjatuh di rumah pengasuhnya.
Ketua Polis Perak Datuk Azizi Mat Aris berkata pihaknya menerima laporan daripada bapa kanak-kanak itu kira-kira 7.20 malam Isnin lepas selepas mendapati mangsa berada dalam keadaan tidak sedarkan diri selepas terjatuh di lantai di rumah pengasuhnya di sini.
"Kanak-kanak itu dibawa ke Hospital Raja Permaisuri Bainun untuk pemeriksaan, bagaimanapun dia disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan pediatrik kira-kira 11.10 malam semalam.
"Bedah siasat yang dijalankan pagi tadi mendapati punca kematian adalah disebabkan kecederaan pada kepala akibat trauma tumpul," katanya dalam kenyataan malam ini.
Beliau berkata pengasuh yang merupakan wanita berusia 30 tahun telah ditahan untuk siasatan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001.
Polis juga katanya akan merekodkan keterangan daripada saksi yang terlibat untuk melengkapkan siasatan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Kanak-kanak
#terjatuh
#rumah pengasuh
#polis perak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan