awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Najib sedar akaun bank, guna untuk pengeluaran cek - Saksi
'Kedegilan' pemimpin enggan berundur cetus krisis kepercayaan parti - Syed Ali
HKI 2026 platform didik masyarakat guna internet secara selamat, beretika
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kanak-kanak empat tahun maut terjatuh lubang pembentung

Bernama
Bernama
20/01/2015
14:32 MYT
Kanak-kanak empat tahun maut terjatuh lubang pembentung
Beberapa pekerja kantin dan guru segera membantu mencari mangsa sebaik disedari hilang oleh ibunya.
Seorang kanak-kanak lelaki berumur empat tahun maut selepas terjatuh dalam lubang pembentung kumbahan di Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Cina Pei Min Sri Jaya, dekat sini hari ini.
Mayat kanak-kanak malang itu, Law Bin Jian, ditemui ibunya di dalam pembetung kumbahan sedalam 2.4 meter itu selepas sejam disedari hilang.
Menurut seorang kakitangan am sekolah itu yang hanya mahu dikenali sebagai Kak Ida, kanak-kanak itu disedari hilang oleh ibunya dikenali sebagai Ling Zhu, 40-an, yang bekerja di kantin sekolah itu kira-kira pukul 9.30 pagi tadi.
Beberapa pekerja kantin dan guru segera membantu mencari mangsa sebaik disedari hilang oleh ibunya, katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Katanya selepas hampir satu jam mencari kanak-kanak itu, ibu mangsa ternampak selipar dipakai anaknya terapung di permukaan air kumbahan dalam pembetung itu.
"Ibu mangsa kemudiannya bertindak turun ke dalam pembetung dan menyelam untuk mengangkat jasad anaknya itu," katanya.
Bapa kanak-kanak itu, Law Ching Fuei, 41, yang bekerja di sebuah kilang di kawasan berdekatan berkata Bin Jian merupakan anak keempat daripada lima beradik itu dibawa ke Klinik Kesihatan Maran dan disahkan meninggal dunia sebelum dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA), Kuantan untuk bedah siasat.
Sementara itu, Pemangku Ketua Polis Daerah Maran ACP Abd Razak Abd Majid mengesahkan kejadian itu.
Topic Berkaitan
#Kanak-kanak
#Law Bin Jian
#Ling Zhu
#lubang pembentung
#maut
#SJK Cina Pei Min Sri Jaya
#terjatuh
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan