awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
YKM peruntuk RM5 juta tahun ini bantu 1,000 anak yatim kehilangan ibu bapa akibat COVID-19
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kanak-kanak enam tahun hilang ketika berkelah di pantai Port Dickson

Bernama
Bernama
25/10/2014
23:33 MYT
Kanak-kanak enam tahun hilang ketika berkelah di pantai Port Dickson
Kehilangan kanak-kanak berbangsa India itu disedari keluarganya ketika mereka sedang menjamu selera di pesisir pantai. - Gambar Fail
Seorang kanak-kanak lelaki berusia enam tahun dilaporkan hilang ketika berkelah bersama keluarganya di pantai Batu 3, Jalan Pantai di sini, petang Sabtu.
Ketua Polis Daerah Port Dickson, Supt Baharudin Mustapha berkata pihaknya ada menerima aduan mengenai kejadian itu.
"Bagaimana pun tidak diketahui lagi sama ada mangsa hilang di darat atau pun di laut. Pihak bomba masih lagi mencari. Oleh itu, kes berada dalam siasatan," katanya.
Katanya kehilangan kanak-kanak berbangsa India itu disedari keluarganya ketika mereka sedang menjamu selera di pesisir pantai selepas mandi di laut pada pukul 5.30 petang.
Katanya kanak-kanak itu mempunyai ketinggian 0.9 meter dan memakai baju-t biru serta berseluar pendek hitam.
Sementara itu, Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Port Dickson, Mustafa Ahmad berkata pihaknya menerima panggilan pukul 7.12 petang dan tiba di lokasi kejadian 20 minit kemudian.
"Kita dimaklumkan kanak-kanak terbabit berkelah di tepi pantai bersama-sama keluarga yang datang dari Cheras, Selangor sebelum didapati hilang daripada pandangan pada pukul 5.30 petang," katanya ketika dihubungi.
Katanya operasi mencari dan menyelamat membabitkan tujuh anggota dan dibantu Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) Port Dickson.
"Sehingga 9 malam, operasi masih diteruskan. Mangsa masih belum ditemui dan sehingga kini operasi mencari dengan membuat rondaan di keseluruhan kawasan tersebut terus giat dijalankan oleh pihaknya," katanya.
Topic Berkaitan
#Baharudin Mustapha
#lemas
#Port Dickson
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan