awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tuntutan palsu tiket penerbangan RM1.3 juta: Empat pegawai badan berkanun ditahan
Ringgit dibuka mengukuh berbanding dolar AS
Syarikat perlombongan Kanada sahkan pekerja diculik ditemui mati di Mexico
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kanak-kanak enam tahun lemas, jatuh sungai ketika memancing

Bernama
Bernama
20/01/2025
13:39 MYT
Kanak-kanak enam tahun lemas, jatuh sungai ketika memancing
Mohamad Ismail berkata Muhammad Bashir dipercayai terjatuh ke dalam sungai itu ketika memancing bersama abangnya kira-kira pukul 9 pagi. - Gambar hiasan
KOTA BHARU: Seorang kanak-kanak lelaki berusia enam tahun ditemukan lemas di dalam sungai di Kampung Mujur, Jelawat, Bachok, hari ini.
Ketua Polis Daerah Bachok Supt Mohamad Ismail Jamaluddin berkata Muhammad Bashir Mohd Arman dipercayai terjatuh ke dalam sungai itu ketika memancing bersama abangnya kira-kira pukul 9 pagi.
"Ketika sedang memancing mangsa tergelincir ke dalam sungai dan cuba dibantu oleh abangnya namun gagal.
"Bapa mangsa, Mohd Arman Remli, 39, yang mengetahui kejadian tersebut kemudiannya terus menghubungi pihak bomba untuk tindakan seterusnya," katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata operasi mencari yang dijalankan oleh pihak bomba dan polis telah menemukan mangsa kira-kira pukul 1 tengah hari di lokasi kanak-kanak itu terjatuh.
"Mangsa disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan di Klinik Kesihatan Bachok. Mayat mangsa telah dibawa ke Unit Forensik Hospital Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian untuk bedah siasat dan kes setakat ini diklasifikasi sebagai mati mengejut," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#bedah siasat
#lemas
#Kanak-kanak
#meninggal dunia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan