awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
KPDN perkukuh penguatkuasaan isu persaingan agensi pelancongan dalam talian
27 ditahan, 9 didakwa susulan kekecohan ketika protes bantah lawatan Presiden Israel ke Australia
Penganggur didakwa bunuh teman wanita
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kanak-kanak hilang dalam kereta ditemui lemas

Astro Awani
Astro Awani
16/09/2021
11:30 MYT
Kanak-kanak hilang dalam kereta ditemui lemas
Mayat mangsa ditemukan oleh pasukan mencari dan menyelamat kira-kira satu kilometer dari lokasi mangsa dipercayai jatuh. - Foto JBPM
MARAN : Seorang kanak-kanak lelaki berusia setahun lapan bulan yang hilang ketika dibawa bapanya ke sebuah ladang kelapa sawit di Felda Jengka 4 semalam, ditemukan lemas di Sungai Jempol, di sini kira-kira 10.37 pagi Khamis.
Sebelum kejadian, mangsa, Muhammad Abdullah Saiful Bahari bersama kakak dan abangnya yang berusia lapan dan enam tahun, berada di dalam kereta sebelum mangsa didapati hilang.
Ketua Balai Bomba Jengka, Raja Mohd Arif Raja Shamsuddin dalam satu kenyataan berkata, mayat mangsa ditemukan oleh pasukan mencari dan menyelamat kira-kira satu kilometer dari lokasi mangsa dipercayai jatuh.
Mayat mangsa kemudian diserahkan kepada pihak polis sebelum dibawa ke hospital.
BACA: Kanak-kanak dikhuatiri lemas di sungai Felda Jengka 4
Operasi mencari dan menyelamat mangsa yang bermula petang semalam melibatkan bomba, polis, Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) dan penduduk kampung sebelum ditangguhkan dan disambung semula hari ini.
Sementara itu Ketua Polis daerah Maran, Deputi Superintendan Norzamri Abd Rahman berkata, berdasarkan siasatan awal, ayah mangsa menyedari kehilangan mangsa pada pukul 1 petang apabila mangsa tiada di dalam kereta.
Kakak dan abang mangsa yang berada di dalam kereta tidak menyedari mangsa keluar daripada kereta dan semasa kejadian, pintu kereta berkenaan terbuka.
Menyedari mangsa hilang, ayah mangsa bersama anaknya telah mencari mangsa di kawasan sekitar dan menemui kesan tapak kaki kanak-kanak di tepi sungai berhampiran tempat tersebut.
Ayah mangsa mengesyaki mangsa terjatuh ke dalam sungai sebelum meminta bantuan orang kampung untuk mencari mangsa.
Topic Berkaitan
#Kanak-kanak
#lemas Maran
#Felda Jengka 4
#Muhammad Abdullah Saiful Bahari
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan