awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Turkiye henti eksport ayam itik untuk stabilkan pasaran domestik
Angka korban bangunan runtuh di utara Lubnan meningkat kepada 14 orang
Projek pembangunan landskap di KLIA siap enam bulan lagi - Nga
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kanak-kanak lelaki 2 tahun 7 bulan maut diserang anjing liar di Semporna

Bernama
Bernama
04/11/2024
15:19 MYT
Kanak-kanak lelaki 2 tahun 7 bulan maut diserang anjing liar di Semporna
Ibu Pejabat Polis Semporna akan bekerjasama dengan pihak berkuasa tempatan untuk menjalankan operasi anjing liar bagi menjamin keselamatan penduduk. - Gambar hiasan
SEMPORNA: Seorang kanak-kanak lelaki berumur 2 tahun 7 bulan maut dipercayai akibat diserang dan digigit sekumpulan anjing liar di Kampung Sungai Tohok di sini semalam.
Ketua Polis Daerah Semporna Superintenden Mohd Sabri Zainol berkata pihaknya menerima laporan berhubung perkara itu semalam daripada bapa saudara mangsa pada 10.33 pagi.
"Polis turut membuka kertas siasatan yang diklasifikasikan sebagai kematian mengejut dan bedah siasat ke atas mangsa dijalankan hari ini di Jabatan Forensik Hospital Tawau," menurutnya dalam kenyataan di sini.
Beliau berkata Ibu Pejabat Polis Semporna akan bekerjasama dengan pihak berkuasa tempatan untuk menjalankan operasi anjing liar bagi menjamin keselamatan penduduk.
Mohd Sabri turut menasihati orang ramai agar tidak menyebarkan video berkaitan insiden itu demi menjaga sensitiviti keluarga mangsa.
Beliau berkata pihak polis sendiri terkesan dengan penularan video berdurasi 8 saat itu di media sosial yang memaparkan seorang kanak kanak terbaring dalam keadaan bogel serta berlumuran darah dan terdapat kesan gigitan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#kanak-kanak maut
#anjing liar
#polis
#kampung sungai tohok
#kematian mengejut
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan