awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Cuaca panas: Lima kawasan di Kedah pada tahap berjaga-jaga - MetMalaysia
Semua pihak wajib patuhi undang-undang, jangan politikkan isu agama - Sultan Ibrahim
PTVM hargai sumbangan Suhaimi Sulaiman, gesa transformasi RTM diteruskan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kanak-kanak lelaki hilang di Teluk Senangin ditemukan maut oleh nelayan

Aida Aziz
Aida Aziz
30/07/2023
02:30 MYT
Kanak-kanak lelaki hilang di Teluk Senangin ditemukan maut oleh nelayan
Kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun yang dilaporkan hilang ketika beriadah bersama keluarganya di Pantai Teluk Senangin, Lumut tengah hari semalam ditemukan maut hari ini oleh nelayan. - Gambar ihsan Bomba Perak
LUMUT: Kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun yang dilaporkan hilang ketika beriadah bersama keluarganya di Pantai Teluk Senangin, di sini, tengah hari semalam ditemukan maut hari ini oleh nelayan.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, mangsa yang dikenali sebagai Muhammad Faris Irfan ditemui dua batu nautika dari kawasan pantai pada jam 8.20 pagi.
"Pasukan bomba yang tiba di lokasi kejadian membuat kerja mencari dan menyelamat secara 'surface searching' di kawasan Pantai Teluk Senangin.
"Manakala pasukan penyelamat menggunakan bot untuk mencari di laut sejauh dua batu nautika.
"Bagaimanapun mangsa ditemui maut oleh nelayan berhampiran Tanjung Hantu dan diserahkan kepada pihak polis bagi tindakan selanjutnya," katanya kepada pemberita pada Ahad.
Katanya lagi, operasi yang bermula semalam dan bersambung hari ini membabitkan kekuatan seramai 67 orang.
Ia merangkumi JBPM (18), Polis (10), penduduk kampung (20), Angkatan Pertahanan Awam (10) dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (9).
Operasi yang diketuai Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pantai Remis, Mohd Akmal Hussin itu tamat pada jam 9 pagi.
Sebelum ini media melaporkan seorang kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun dilaporkan hilang di kawasan Pantai Teluk Senangin, Lumut ketika beriadah bersama ahli keluarganya.
Difahamkan kejadian itu berlaku pada 3.19 petang selepas ahli keluarga mangsa membuat laporan polis apabila menyedari mangsa hilang kira-kira 1 tengah hari.
Topic Berkaitan
#kanak-kanak lelaki hilang
#Pantai Teluk Senangin
#mayat
#bomba perak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan