awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dua maut kemalangan lima kenderaan
Asha Bhosle meninggal dunia, ulangi duka pemergian Lata Mangeshkar
Pakistan gesa AS, Iran terus patuhi gencatan senjata selepas rundingan berakhir tanpa persetujuan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kanak-kanak lelaki lima tahun ditemukan lemas di Rompin

Bernama
Bernama
13/12/2023
13:31 MYT
Kanak-kanak lelaki lima tahun ditemukan lemas di Rompin
Mayat Rizq Ramadhina Jamaluddinn dijumpai pada 5.30 petang oleh pasukan mencari dan menyelamat (SAR) kira-kira empat kilometer dari lokasi mangsa dikatakan terjatuh. - Gambar hiasan
KUANTAN: Seorang kanak-kanak lelaki berusia lima tahun yang dilaporkan hilang sejak Isnin lepas ditemukan lemas di sungai berhampiran kawasan Perumahan Banjir Simpang Sepayang, Kuala Rompin, Rompin hari ini.
Ketua Polis Daerah Rompin DSP Mohd Azhari Mukhtar berkata mayat Rizq Ramadhina Jamaluddinn dijumpai pada 5.30 petang oleh pasukan mencari dan menyelamat (SAR) kira-kira empat kilometer dari lokasi mangsa dikatakan terjatuh.
Beliau berkata pihaknya telah menerima laporan kehilangan mangsa pada 5.25 petang Isnin, selepas kanak-kanak itu dipercayai terjatuh ketika memancing bersama tiga lagi adik-beradiknya di sebuah jeti berhampiran kediaman mereka.
"Kami telah melaksanakan operasi mencari dan menyelamat sejak Isnin, dan operasi hari ini menemukan mayat kanak-kanak itu. Mayat mangsa dibawa ke Hospital Rompin untuk tindakan lanjut," katanya dalam kenyataan malam ini.
Menurut Mohd Azhari operasi SAR melibatkan 116 pegawai dan anggota daripada pelbagai agensi keselamatan antaranya polis, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia serta penduduk kampung.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#kanak-kanak lemas
#Kuala Rompin
#SAR
#Memancing
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan