awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
PM Anwar gesa kerajaan negeri patuhi keputusan isu rumah ibadat
Nurul Izzah tubuh Jawatankuasa Pengawasan Bebas untuk perkukuh SPRM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kanak-kanak lelaki maut tertikam semasa sibuk buat persiapan Deepavali

Bernama
Bernama
15/11/2020
06:40 MYT
Kanak-kanak lelaki maut tertikam semasa sibuk buat persiapan Deepavali
J.Adithiyan maut selepas tertikam pisau yang dibawa sepupunya dalam satu insiden pada Jumaat. - Gambar BERNAMA
IPOH:Kegembiraan membuat persiapan sambutan Hari Deepavali bertukar tragedi bagi satu keluarga di Taman Cempaka Kampung Koh, Sitiawan, apabila seorang kanak-kanak lelaki maut selepas tertikam pisau oleh sepupunya dalam satu insiden Jumaat lepas.
Kejadian berlaku semasa J.Adithiyan, 7, dipercayai berlari ke arah sepupunya yang berusia 11 tahun, yang sedang membawa pisau, pada kira-kira pukul 10.20 malam.
Menurut bapa saudaranya D. Mathialagan, 43, peristiwa malang yang menimpa anak kecil dan disayangi ramai itu berlaku dengan pantas, disaksikan ahli keluarga lain yang ketika itu berhimpun dan sibuk membuat persiapan Deepavali.
Beliau yang ditemui pemberita di luar Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun, di sini hari ini, berkata, anak bongsu daripada tiga beradik itu kemudian dibawa ke Hospital Seri Manjung, namun disahkan meninggal dunia sebaik tiba dan laporan polis kemudiannya dibuat di Balai Polis Lumut.
Mathialagan yang hadir bersama adiknya, Kumar, 41, berkata, kanak-kanak itu sememangnya seorang amat aktif, disayangi ramai, dan juga sangat rapat dengan beliau serta isterinya malah sering merujuk beliau sebagai bapanya.
Ketua Polis Daerah Manjung, ACP Nor Omar Sappi ketika dihubungi mengesahkan mengenai kejadian dan memaklumkan kes masih dalam siasatan. - BERNAMA
Topic Berkaitan
#kanak-kanak lelaki
#maut
#tertikam pisau
#sepupu
#Deepavali
#Taman Cempaka Kampung Koh
#Sitiawan
#Perak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan