awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pemandu langgar lari anggota polis trafik ditahan
AS mula sekat kapal keluar masuk pelabuhan Iran
Trafik melalui Selat Hormuz hampir terhenti susulan ancaman sekatan AS - Data
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kanak-kanak lemas: Loji Taman Widuri Indah dinyahtauliah sejak 2015 - IWK

Reuters
Reuters
09/03/2026
07:25 MYT
Kanak-kanak lemas: Loji Taman Widuri Indah dinyahtauliah sejak 2015 - IWK
Semalam, seorang kanak-kanak berusia 12 tahun ditemukan lemas selepas dipercayai terjatuh ke dalam loji berkenaan ketika memancing bersama dua lagi adiknya.
Lokasi insiden seorang kanak-kanak lelaki dipercayai terjatuh dan lemas di Taman Widuri Indah, di sini semalam ialah sebuah loji rawatan kumbahan yang telah dinyahtauliah sejak 2015.
Indah Water Konsortium (IWK) Sdn Bhd dalam kenyataan hari ini memaklumkan apabila sesebuah loji rawatan kumbahan dinyahtauliah, tapak tersebut diserahkan kepada pihak berkuasa berkaitan untuk pengurusan selanjutnya.
“Oleh itu, tapak berkenaan tidak lagi berada di bawah operasi atau penyelenggaraan IWK. Bagaimanapun, IWK akan terus memberi kerjasama kepada pihak berkuasa sekiranya sebarang maklumat diperlukan.
“IWK juga ingin mengingatkan orang ramai supaya sentiasa berwaspada dan tidak menceroboh kawasan loji rawatan kumbahan kerana ia adalah kawasan larangan dan berbahaya,” menurut kenyataan itu.
Semalam, seorang kanak-kanak berusia 12 tahun ditemukan lemas selepas dipercayai terjatuh ke dalam loji berkenaan ketika memancing bersama dua lagi adiknya.
Dalam pada itu, IWK turut merakamkan ucapan takziah dan bersimpati dengan keluarga mangsa dalam menghadapi saat yang amat sukar itu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#kes lemas
#kanak-kanak lemas
#loji kumbahan
#IWK
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan