awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
21 Orang Asli ditahan bantu siasatan kes ceroboh tanah Sultan Pahang
Hasil lawatan PM India, kluster tibi antara tumpuan Dewan Rakyat
Baik dan kaya, dua ciri penting lelaki idaman Ameera Khan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kanak-kanak maut dipatuk ular

Shuhada Abdul Kadir
Shuhada Abdul Kadir
24/07/2021
06:10 MYT
Kanak-kanak maut dipatuk ular
Dalam kejadian kira-kira jam 9 malam itu, mangsa Muhammad Danial Iqwan Muhammad Hafiz disahkan meninggal dunia empat jam kemudian selepas menerima rawatan di Hospital Rembau. - Foto Astro AWANI
REMBAU: Seorang kanak-kanak lelaki maut selepas dipatuk ular di kediamannya di Kampung Seberang Batu Hampar, Solok Jelawai Hilir, di sini malam tadi.
Dalam kejadian kira-kira jam 9 malam itu, mangsa Muhammad Danial Iqwan Muhammad Hafiz, 17 bulan, disahkan meninggal dunia empat jam kemudian selepas menerima rawatan di Hospital Rembau.
Ketua Polis Daerah Rembau, Deputi Superintendan Hazri Mohamad berkata, insiden malang itu berlaku ketika mangsa sedang bermain bersama abangnya di bilik tidur utama rumah berkenaan.
“Ketika kejadian, mangsa sedang bermain dengan abangnya berusia tiga tahun sebelum ibunya yang turut berada di dalam bilik berkenaan terdengar jeritan anak bongsunya itu.
Ular patuk, kanak-kanak maut
Ibu mangsa melaporkan dia melihat seekor ular masuk ke lubang dalam bilik tersebut dan mendapati ada kesan patukan di tapak tangan sebelah kiri mangsa. - Foto Astro AWANI
“Ibu mangsa kemudian melihat terdapat seekor ular masuk ke lubang dalam bilik tersebut dan mendapati ada kesan patukan di tapak tangan sebelah kiri mangsa,”katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Mengulas lanjut katanya, wanita berkenaan terus membawa anaknya ke Hospital Rembau sebelum kanak-kanak itu disahkan meninggal dunia pada jam 1 pagi Sabtu.
Ujarnya, kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.
Topic Berkaitan
#kanak-kanak maut
#dipatuk ular
#Muhammad Danial Iqean Muhammad Hafiz
#kesan patukan
#maut
#Hospital Rembau
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan