awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
YKM peruntuk RM5 juta tahun ini bantu 1,000 anak yatim kehilangan ibu bapa akibat COVID-19
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kanak-kanak perempuan cedera disamun lelaki bersenjatakan pisau

Sinar Harian
Sinar Harian
07/08/2025
23:55 MYT
Kanak-kanak perempuan cedera disamun lelaki bersenjatakan pisau
Menurut Supt Shan Gopal, suspek bersenjatakan pisau yang diambil dari rumah mangsa. - Gambar hiasan
SEPANG: Seorang kanak-kanak perempuan berusia 12 tahun cedera selepas disamun seorang lelaki bersenjatakan pisau di sebuah rumah di Putra Perdana di sini semalam.
Timbalan Ketua Polis Daerah Sepang, Superintenden G K Shan Gopal berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu daripada bapa mangsa pada jam 5.03 petang.
Menurutnya, pengadu menerima makluman berkaitan kejadian itu daripada jirannya.
"Mangsa mengalami kecederaan di bahagian muka, leher dan kepala sebelum dihantar jiran ke hospital untuk mendapatkan rawatan.
"Keadaannya kini stabil dan tidak mengalami kecederaan serius,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Shan Gopal berkata, suspek berusia 40-an itu bersenjatakan pisau yang diambil dari rumah mangsa.
"Kes disiasat mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan.
"Orang ramai dinasihatkan supaya tidak menimbulkan sebarang spekulasi atau menyebarkan maklumat tidak tepat berhubung kes itu,” katanya. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Kanak-kanak
#cedera
#samun
#Sepang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan