awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pemandu langgar lari anggota polis trafik ditahan
AS mula sekat kapal keluar masuk pelabuhan Iran
Trafik melalui Selat Hormuz hampir terhenti susulan ancaman sekatan AS - Data
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kanak-kanak perempuan lima tahun ditemukan lemas dalam kolam takungan

Astro AWANI
Astro AWANI
10/04/2026
10:10 MYT
Kanak-kanak perempuan lima tahun ditemukan lemas dalam kolam takungan
Seorang kanak-kanak perempuan berusia lima tahun ditemukan maut dalam kolam takungan di Program Perumahan Rakyat Taman Nagasari dekat Jitra hari ini. - Foto Sinar Harian
Seorang kanak-kanak perempuan berusia lima tahun ditemukan maut dalam kolam takungan di Program Perumahan Rakyat Taman Nagasari dekat Jitra hari ini.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jitra Penolong Kanan Penguasa Bomba Noor Azhar Tajudin berkata pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada 4.26 petang sebelum tiba di lokasi kira-kira 13 minit kemudian.
“Sebanyak sembilan anggota dari BBP Jitra ke lokasi dan sebaik tiba didapati terdapat seorang kanak-kanak perempuan terapung di permukaan air dalam kolam takungan berkenaan.
“Anggota telah memakai pakaian perlindungan diri untuk turun ke dalam kolam bagi membawa mayat mangsa naik ke tempat selamat, sebelum diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut dan operasi tamat sepenuhnya pada 4.52 petang,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kubang Pasu Supt Mohd Radzi Abdul Rahim mengesahkan kejadian itu dan maklumat lanjut akan disalurkan kemudian.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#bomba
#lemas
#Kanak-kanak
#perempuan
#kolam takungan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan