awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Perbicaraan kes ditangguh, Vivy Yusof, suami dapat pasport tunai haji
Rakyat AS mungkin akan ‘rindu’ harga minyak AS$5 tidak lama lagi - Speaker Parlimen Iran
AMRO gesa ASEAN+3 perkukuh pengurusan fiskal hadapi gelombang kejutan baharu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kanak-kanak perempuan maut disyaki didera, jiran kerap dengar tangisan dari rumah mangsa

Abd Razak Mohd Ali
Abd Razak Mohd Ali
29/03/2026
02:57 MYT
Kanak-kanak perempuan maut disyaki didera, jiran kerap dengar tangisan dari rumah mangsa
Kesemua suspek direman selama tujuh hari bermula 27 Mac bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan.
Pihak polis telah melawat rumah yang didiami seorang kanak-kanak perempuan yang maut, disyaki didera di Taman Sungai Mas, Taiping, pada Khamis.
Ketua Polis Daerah Taiping, Asisten Komisioner Abdul Malek Ismail berkata, pihak forensik juga telah buat pemeriksaan di rumah tersebut.
Menurutnya, dalam lawatan dan pemeriksaan itu, pihak polis turut mengambil keterangan daripada beberapa orang jiran.
“Berdasarkan keterangan jiran, mereka kerap mendengar tangisan kanak-kanak dirumah berkenaan seperti dipukul,” katanya ketika dihubungi Astro AWANI hari ini.
Tambahnya, mangsa merupakan anak sulung daripada lima beradik.
Pada Sabtu, media melaporkan seorang kanak-kanak perempuan berusia lapan tahun sembilan bulan meninggal dunia dengan beberapa kesan kecederaan mencurigakan pada badannya, dipercayai menjadi mangsa penderaan dalam kejadian di Taiping, Khamis lepas.
Abdul Malek berkata pihaknya menerima laporan berhubung kematian mangsa daripada pegawai perubatan Hospital Taiping.
Kanak-kanak itu dibawa ke hospital dalam keadaan tidak sedarkan diri dan ditempatkan di Zon Merah pada 12.43 tengah hari dan doktor bertugas telah memberikan bantuan resusitasi kardiopulmonari (CPR) selama 30 minit, namun mangsa tidak menunjukkan pemulihan peredaran spontan (ROSC).
Mangsa kemudiannya disahkan meninggal dunia pada 1.12 tengah hari dan hasil pemeriksaan lanjut mendapati terdapat beberapa kesan kecederaan mencurigakan pada badan mangsa.
Keputusan bedah siasat pula mengesahkan punca kematian adalah akibat kecederaan pada bahagian kepala dan leher disebabkan hentakan objek tumpul.
Susulan itu, polis membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana kesalahan membunuh.
Menurut Abdul Malik, empat individu terdiri ibu kandung, bapa tiri serta datuk dan nenek mangsa, berusia antara 27 hingga 53 tahun, telah ditahan bagi membantu siasatan.
Kesemua suspek direman selama tujuh hari bermula 27 Mac bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan.
Topic Berkaitan
#Kanak-kanak
#maut
#dera
#perempuan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan