awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Cuaca panas: Lima kawasan di Kedah pada tahap berjaga-jaga - MetMalaysia
Semua pihak wajib patuhi undang-undang, jangan politikkan isu agama - Sultan Ibrahim
PTVM hargai sumbangan Suhaimi Sulaiman, gesa transformasi RTM diteruskan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kanak-kanak setahun lapan bulan korban pertama banjir di Pahang

Bernama
Bernama
29/01/2017
02:58 MYT
Kanak-kanak setahun lapan bulan korban pertama banjir di Pahang
Pemangku Raja Pahang Tengku Mahkota Pahang Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah dan Tengku Puan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkenan melihat keadaan banjir dari tingkat tiga SK Temai di Rompin, 28 Januari, 2017. --fotoBERNAMA
Seorang kanak-kanak berusia setahun lapan bulan menjadi korban pertama banjir di Pahang setelah ditemui lemas berhampiran rumahnya di Kampung Medang Hilir malam tadi.
Ketua Polis Daerah Pekan Supt Amran Sidek berkata Siti Nurdarwisyah Abdul Rahman yang hilang pada 7.22 malam, ditemui tersangkut di celah pokok berhampiran rumah oleh anggota keluarga yang keluar mencarinya setengah jam sebelum itu.
"Bapa mangsa Muhammad Firdaus Sazali, 24, menyedari anak tunggalnya itu tiada di dalam rumah sebelum meminta jirannya membantu mencari di luar rumah yang telah dinaiki air kira-kira satu meter," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Amran berkata bapa mangsa mengesyaki anaknya terjatuh ke dalam air selepas mendapati pintu rumah terbuka.
"Semasa kejadian Muhammad Firdaus dan isteri serta bapa dan ibu mentua dan adik iparnya berada di dalam rumah itu," katanya.
Mangsa kemudian dibawa ke Hospital Pekan menaiki kenderaan polis untuk rawatan lanjut namun disahkan meninggal dunia pada 9.17 malam dan bedah siasat mendapati mangsa mati akibat lemas. -- Bernama
Topic Berkaitan
#banjir
#kanak-kanak lemas
#korban banjir
#Pahang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan