awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Angka korban bangunan runtuh di utara Lubnan meningkat kepada 14 orang
Projek pembangunan landskap di KLIA siap enam bulan lagi - Nga
Bandar sesak: Populasi berlebihan ancam alam sekitar bandar di Asia Tenggara
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kandungan FB tular disalah terjemah sistem Facebook - RTM

Bernama
Bernama
21/07/2024
08:15 MYT
Kandungan FB tular disalah terjemah sistem Facebook - RTM
Bahagian Perhubungan Awam Jabatan Penyiaran Malaysia dalam kenyataan memaklumkan bahawa apa yang dipaparkan di laman Facebook Rasmi RTM adalah terjemahan automatik oleh sistem Facebook.
KUALA LUMPUR: Radio Televisyen Malaysia (RTM) hari ini menjelaskan bahawa pihaknya tidak memuat naik sebarang maklumat rasmi dalam bahasa Inggeris berhubung Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-17 di istana Negara semalam, seperti yang diviralkan.
Bahagian Perhubungan Awam Jabatan Penyiaran Malaysia dalam kenyataan memaklumkan bahawa apa yang dipaparkan di laman Facebook Rasmi RTM adalah terjemahan automatik oleh sistem Facebook.
"Jika pengguna mengaktifkan terjemahan automatik, maka terjemahan bahasa Inggeris akan muncul.
"Terjemahan bahasa Inggeris oleh sistem Facebook tersebut adalah salah. RTM tidak memuat naik sebarang kandungan ucapan takziah sempena Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-17," menurut kenyataan itu.
Kenyataan itu turut memaklumkan bahawa RTM telah membuat laporan polis, dan pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menghubungi META berkaitan salah terjemahan oleh sistem META itu.
"META juga telah mengesahkan bahawa mereka telah membetulkan 'masalah' tersebut," menurut kenyataan itu.
Sementara itu Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil dalam Facebook rasmi beliau turut melahirkan rasa kesal terhadap sesetengah pihak yang menuduh RTM membuat hantaran jelik dalam bahasa Inggeris.
"Ada orang tuduh RTM buat FB post jelik dalam Bahasa Inggeris. Padahal posting asal dalam BM. Kemudian disebar fitnah, sampai ada yang minta saya "h*ng himself" (bunuh diri sendiri).
"Jangat buat begini. Berlaku adillah kepada RTM. Jangan Fitnah," katanya dalam catatannya itu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#RTM
#Yang di-Pertuan Agong
#Tular
#salah terjemah
#Facebook
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan